Jika anda belum pernah mencuba resepi Nasi Goreng Kunyit sebelum ini, kami syorkan anda mencubanya seumur hidup anda kerana rasanya sangat berkait berbeza dengan nasi goreng biasa.
Dengan nama Nasi Goreng Kunyit, sudah pasti ia menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Selain serbuk kunyit, anda juga boleh menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus.
Resepi Nasi Goreng Kunyit yang dikongsi oleh Wan LuQman di Facebook ini pasti menarik untuk dicuba kerana ia tidak memerlukan banyak bahan. Jom kita buat!
Baca juga: Resepi Nasi Goreng Cina yang Buat Ramai Ketagih, Cuba Sekali Pasti Nak Lagi
RESEPI NASI GORENG KUNYIT
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mulakan dengan memasukkan kunyit hidup, lada jarum, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ke dalam lesung batu dan tumbuk sehingga halus.
2. Selepas itu, goreng seekor telur dalam minyak panas, angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing dan mengeluarkan aroma.
4. Setelah itu, pecahkan sebiji telur dan hancurkan hingga sebati.
5. Tambahkan sedikit gula dan garam, kemudian gaul rata.
6. Selepas itu, masukkan nasi dan gaul hingga semua bahan bercampur rata.
7. Akhirnya, masukkan sayuran kailan dan gaul dengan baik. Siap untuk dihidangkan!
Warna kuning yang menawan pada Nasi Goreng Kunyit memberikan rasa dan aroma yang unik. Hidangkan bersama telur mata atau telur dadar untuk menambah kesedapan.
Selamat mencuba!
Sumber: Wan LuQman
Baca juga: Nasi Goreng Kampung Mudah Gaya Orang Dulu-Dulu, Tumbuk 4 Bahan Saja Dah Siap!