Ketika seharian padat menguruskan rumah, pekerjaan, dan keluarga, mencari cara untuk memasak yang pantas adalah penting. Oleh itu, anda boleh menggunakan idea resipi ayam perap mudah ini untuk menyediakan hidangan nanti.
Resipi ayam perap mudah ini sangat ringkas untuk disediakan lebih awal dan ideal untuk mereka yang sibuk bekerja. Untuk menikmatinya, anda hanya perlu memanggang, menggoreng, atau menggunakan air fryer.
Kami terpesona dengan video oleh dayana.azizan di TikTok kerana semua resipi ayam perap yang dipaparkan sangat mudah dibuat tanpa memerlukan banyak bahan. Jom kita lihat!
Baca juga: Idea Menu Bekal ‘Ekonomik’ Ke Tempat Kerja Mengikut Hari, Seminggu Makan Enak!
5 IDEA AYAM PERAP MUDAH
1. Ayam Rebus Pedas
Bahan-bahan:
- Paprika
- Herba campuran
- Serbuk perasa
- Cili flakes atau lemon (pilihan)
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan ayam dengan teliti.
- Tambahkan serbuk paprika, herba campuran, dan serbuk perasa.
- Gaul ayam hingga sebati.
- Masukkan cili flakes jika ingin pedas. Jika ingin sedikit masam, boleh perah lemon.
2. Ayam Ala Kenny Rogers
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan ayam dengan teliti.
- Campurkan sos tiram, lada hitam, herba campuran, dan madu.
- Tuangkan campuran ini ke atas ayam.
- Perap lebih lama untuk rasa yang lebih sedap.
3. Ayam Merah
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
- Cuci dan potong daging ayam mengikut saiz yang diingini.
- Tambahkan serbuk kunyit, serbuk cili, gula, dan garam.
- Gaul ayam sehingga rata.
4. Ayam Bakar Yogurt
Bahan-bahan:
- Garam
- Yogurt
- Serbuk cili
- Merica hitam
Langkah-langkah penyediaan:
- Cuci ayam hingga bersih.
- Tambahkan garam, yogurt, serbuk cili dan merica hitam.
- Gaul ayam hingga rata.
- Boleh masukkan bahan lain mengikut selera.
5. Ayam Cajun
Bahan-bahan:
- Cajun
- Serbuk cili
- Sos tiram
Langkah-langkah penyediaan:
- Cuci ayam hingga bersih.
- Tambahkan cajun, serbuk cili, dan sos tiram.
- Gaul ayam hingga rata.
Anda boleh menggunakan resipi ayam perap mudah ini untuk menggoreng atau membakar dalam air fryer dengan cepat. Selepas ini, tidak akan ada lagi kesulitan ketika memasak untuk keluarga di rumah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: dayana.azizan
Baca juga: Menu Bajet RM50 Untuk Seminggu, Semua Sedap Dan Mudah Dibuat!