Mencari pencuci mulut yang ekonomik, mudah disediakan dan pasti disukai ramai? Mari cuba resipi puding seringgit ini!
Walaupun hanya menggunakan bahan-bahan asas seperti susu cair, kastard dan agar-agar, hasilnya sangat berkrim, lembut dan amat menggoda.
Sesuit untuk dinikmati sendiri atau dijadikan pencuci mulut yang popular yang boleh dijual pada harga ekonomik.
Menariknya, puding ini bukan sekadar ‘kos rendah’, tetapi juga sangat serbaguna kerana boleh dipelbagaikan dengan pelbagai isi seperti oreo, karamel, strawberi coklat atau tutti frutti.
Ingin tahu cara penyediaannya? Teruskan membaca untuk mengetahui langkah lengkap serta tips bagi menghasilkan puding yang licin, tiada ketulan dan lebur di mulut!
Baca juga: Cara Buat Puding Aiskrim Mudah Guna 2 Bahan, Sedapnya Cair Di Mulut!
RESEPI PUDING SERINGGIT
Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat
- 1 tin susu penuh krim
- 3 tin air
- 3 sudu kecil tepung kastard
- 10 gram agar-agar serbuk
- Esen vanila
Cara-cara:
- Gabungkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau hingga rata.
- Masak dengan api sederhana sambil terus mengacau agar ramuan tidak berketul.
- Puding ini perlu sentiasa dikacau bagi memastikan susu tidak pecah dan tekstur tetap licin.
- Masak hingga adunan benar-benar menggelegak.
- Matikan api dan biarkan puding sedikit suam sebelum dituangkan ke dalam bekas.
Sementara menunggu puding sejuk sedikit, anda boleh menyediakan filling atau hiasan dalam bekas. Antara pilihan yang boleh dicuba:
- Tutti fruity
- Oreo hancur
- Sos karamel
- Strawberi & coklat
Sumber: Izatie Khaidir
Baca juga: Puding Karamel Pandan Yang Lembut & Wangi, Resipi Mudah Tanpa Guna Telur