Nikmati Bihun Goreng Perfect: Lembut, Lezat, dan Praktis!


resepi bihun goreng sedap

Jika anda tengah mencari resepi bihun goreng yang sedap, ini adalah salah satu resipi yang patut dicuba. Bihun yang dimasak dengan cara yang tepat bukan sahaja lebih enak, tetapi juga tetap panjang, lembut dan tidak mudah patah.

Resipi ini menggunakan teknik mengukus atau steam bihun setelah dicampur dengan bahan tumis untuk menghasilkan bihun yang lembut tanpa perlu dikacau berulang kali. Kaedah ini biasanya digunakan oleh tukang masak katering kerana lebih pantas, bihun tidak hancur dan setiap helai tetap cantik.

Jika anda ingin mengetahui resipi penuh, mari baca artikel ini hingga selesai. Sesuai untuk dijadikan hidangan sarapan, makan tengah hari atau makan malam yang ringkas tetapi sangat mengenyangkan!

Baca juga: Resepi Bihun Soto Beraroma, Kuahnya Sungguh Sedap Sehingga Esok Still Teringat!

RESEPI BIHUN GORENG SEDAP DAN TIDAK PUTUS

Bahan-bahan:

  • 1 paket bihun (direndam selama 5 minit) – empunya resipi menggunakan bihun Cap Bintang
  • 10 biji cili padi – ditumbuk kasar
  • 8 ulas bawang putih – diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair atau kicap lemak manis
  • 3–4 sudu besar kicap pekat karamel (mengikut selera – untuk rasa dan warna)
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sudu besar lada sulah
  • Isi ayam/daging/bekal ikan atau kek ikan – ikut cita rasa
  • Sayur pilihan: kobis dan sawi
  • 2 sudu besar gula (boleh abaikan jika tidak suka rasa manis)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Rendam bihun dalam air paip pada suhu bilik selama 5 minit. Setelah bihun lembut dan boleh dilentur, toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi, kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk.
  3. Masukkan bahan protein seperti isi ayam, udang, bekal ikan atau kek ikan.
  4. Tambah sos tiram, cuka, kicap cair dan kicap pekat. Kemudian, masukkan lada sulah dan 1 cawan air.
  5. Tambahkan garam dan gula. Jika ada serbuk ikan bilis seperti jenama Niigata, boleh tambah untuk meningkatkan rasa. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan bihun yang telah ditoskan tadi. Gaulkan rata bersama bahan yang ditumis.
  7. Tambah sayur seperti kobis dan sawi.
  8. Kacau bihun sekadar rata, tidak perlu kacau berlebihan. Jika nampak terlalu kering, boleh tambah sedikit air.
  9. Tutup kuali dan biarkan masak dengan api perlahan selama 5 hingga 8 minit supaya bihun ‘steam’ dan masak dengan sempurna tanpa kerap dikacau.
  10. Setelah itu, buka penutup. Bihun yang masak dengan baik tidak akan patah. Rasa dahulu, jika tiada rasa bihun mentah, bermakna ia sudah siap!

Sumber: Eny Yusnizar Abdullah

Baca juga: Buat Sendiri Bihun Kungfu Sedap, Padu Seperti Makan Di Kedai!



Source link

Scroll to Top