Khairul Aming sekali lagi jadi topik perbualan! Baru sahaja melancarkan produk terbaru iaitu Dendeng Daging Nyet Extra Pedas, 40,000 paket terjual dengan pantas dalam kurang dari sejam melalui sesi langsung di TikTok.
Menerusi video yang dikongsi oleh akaun tiktokshop_my, paparan angka jualan di skrin komputer riba menunjukkan peningkatan yang pesat. Sasaran asal RM500 ribu melambung hingga melepasi RM600 ribu.
Baca juga: Video Memasak Pertemuan Khairul Aming & PM New Zealand, Siap Sarapan Bersama!
40,000 PEK DENDENG DAGING HABIS TERJUAL DALAM SATU SESI LANGSUNG, JUALAN CECAH RM600,000
Sebelum pelancaran produk ini, beliau telah memaklumkan mengenai kenaikan harga dendeng sebanyak RM1 akibat kos pengeluaran yang semakin meningkat. Namun, ramai pembeli tetap memberikan sokongan kerana memahami cabaran yang dihadapi oleh pengusaha makanan.
Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki. Ada yang mencadangkan sistem langganan untuk memudahkan pembelian di masa hadapan.
Ramai pengguna media sosial meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan pemuda ini. Beliau bukan hanya mahir berniaga, tetapi juga murah hati dalam berkongsi ilmu dan sentiasa bersikap rendah hati.
“Alhamdulillah, semoga terus dimurahkan rezeki. Seronok melihat anak muda Melayu Islam yang pandai berniaga seperti KA ini.”
“Amalan KA bersedekah secara senyap tanpa mengharapkan pujian. KA tidak meminta dihargai, bersedekah secara diam dan tanpa kontroversi.”
Baca juga: Resipi Asam Pedas Ayam Khairul Aming, Kuah Pekat & Pedas Memang Hebat!