Setiap kali mencari inspirasi untuk hidangan tengah hari atau malam, banyak yang terpesona dengan cara menyediakan Ayam Kicap yang lazat. Oleh itu, kami ingin berkongsi resipi berbaloi ini untuk anda cuba di rumah.
Ayam Kicap merupakan hidangan terkenal dengan kombinasi rasa manis, masin, dan sedikit pedas yang menggoda. Tidak kiralah di mana anda makan nasi campur, makan ini pasti terdapat di menu.
Jika anda mencari hidangan yang enak dan berpatutan untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan, cubalah resipi Ayam Kicap yang dikongsi oleh Nurul Hawa di Facebook ini.
Baca juga: Cara Masak Ayam Kicap Berempah, Biasa Jumpa Lauk Ini Di Kenduri Je
RESIPI MASAK AYAM KICAP
Bahan-bahan:
- Ayam
- Garam
- Serbuk kunyit
- Serbuk kari
- Bawang merah
- Cili api
- Kentang
- Minyak masak
- Kicap lemak manis
- Kicap ABC (jika tiada, boleh tambah gula)
- Air secukupnya
Bahan-bahan yang perlu dikisar:
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, perap ayam dengan garam, serbuk kunyit, dan serbuk kari sebelum digoreng.
2. Selepas itu, goreng ayam hingga garing.
3. Kemudian, tambahkan hirisan bawang merah, cili api, dan kentang ke dalam sisa minyak goreng ayam.
4. Seterusnya, masukkan bahan kisar (jika ingin masak kicap yang sedap dan beraroma, perlu ada jintan manis).
5. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar, dan tumis hingga pecah minyak.
6. Setelah itu, masukkan ayam, kicap lemak manis, dan kicap ABC.
7. Akhir sekali, kacau hingga menjadi likat dan sedikit kering, kemudian perasakan secukupnya. Sedia untuk dihidangkan!
Jika anda ingin menikmati hidangan yang mudah tetapi penuh rasa, cubalah resipi Ayam Kicap ini. Dengan kuah pekat, hidangan ini pasti akan membangkitkan selera keluarga anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Hawa
Baca juga: Resep Ayam Masak Kicap Kenduri Semudah ABC, Terus Tak Pandang Lauk Lain!