Nasi Goreng dapat dinikmati pada bila-bila masa, tidak kira untuk sarapan, makan tengah hari atau malam. Kali ini, kami ingin berkongsi cara untuk menyediakan Nasi Goreng tanpa menggunakan perencah segera.
Selalunya, orang akan memanfaatkan perencah segera untuk menyediakan nasi goreng. Namun, meskipun tiada perencah segera, anda masih boleh menghasilkan Nasi Goreng yang lazat di rumah.
Har Ryea telah berkongsi resipi Nasi Goreng tanpa perencah segera di Facebook. Apa yang boleh kami katakan, hanya individu yang berpengalaman sahaja tahu betapa enaknya hidangan ini. Mari kita cuba!
Baca juga: Nasi Goreng Kampung Simple Stail Orang Dulu-Dulu, Tumbuk 4 Bahan Sahaja Dah Siap!
RESIPI NASI GORENG TANPA PERENCAH SEGERA
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, tumbuk bawang merah, bawang putih, cili kering yang telah direbus dan masukkan ikan bilis.
2. Selepas itu, tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing.
3. Kemudian, masukkan garam dan ajinomoto.
4. Seterusnya, pecahkan telur dan ratakan secara perlahan.
5. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul rata sehingga berwap sedikit. Siap untuk dihidangkan!
Untuk memudahkan proses penggorengan, pastikan anda menggunakan nasi yang telah sejuk dari hari sebelumnya. Dengan ini, nasi tidak akan mudah melekat dan teksturnya lebih baik.
Jika ingin, anda boleh menambah ayam, udang atau daging. Selain itu, telur dadar, timun atau tomato juga boleh dijadikan pelengkap yang sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Har Ryea
Baca juga: Rahsia Nasi Goreng Telur Campak-Campak Menjadi Sedap, Masukkan Bahan ‘Ini’