“Rahsia Bakwan Sayur Rangup: Langkah Mudah untuk Hidangan Sempurna!”


resepi bakwan sayur

Resepi bakwan sayur ini sangat gampang untuk disiapkan. Bakwan adalah kudapan yang berasal dari Indonesia, dibuat daripada sayuran yang dihiris halus dan dicampurkan dengan tepung gandum.

Bakwan ini sangat enak dinikmati ketika masih hangat kerana ia krenyes di luar dan lembut di dalam. Sangat sesuai untuk disajikan sebagai sarapan atau hidangan minum petang bersama keluarga. Jom kita cuba!

Baca juga: Panduan Buat Ayam Goreng Berempah Berserdak Rangup, Sedap untuk Dimakan!

RESEPI BAKWAN SAYUR RANGUP

resepi bakwan sayur

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • 1 cawan isi jagung
  • 1½ cawan lobak merah – disagat halus
  • 1 ½ cawan kobis – dihiris halus
  • 1 batang daun bawang – dihiris halus
  • 6 ekor udang dipotong kecil (jika suka)
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • Air sejuk secukupnya
  • Sayur tauge (jika suka)

Bahan bumbu:

  • ½ sudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil gula

Cara-cara penyediaannya:

  1. Masukkan bahan-bahan berikut ke dalam mangkuk besar. Tepung gandum, tepung beras, isi jagung, lobak merah, kobis, daun bawang, udang dan bawang putih yang telah ditumbuk halus.
  2. Langkah berikutnya, tambahkan bahan bumbu, iaitu serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam/ikan bilis, gula dan garam.
  3. Setelah semua bahan dimasukkan, tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan sehingga rata.
  4. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Ini untuk memastikan apabila digoreng, bakwan akan menjadi nipis dan rangup. Tambahkan juga garam dan gula secukup rasa. (Jika terlalu cair, boleh tambahkan sedikit lagi tepung gandum)
  5. Panaskan minyak. Setelah minyak panas, ambil adunan secukupnya dan goreng dalam kuali yang telah dipanaskan.
  6. Pastikan kuali benar-benar panas agar adunan tidak melekat pada kuali. Sesekali siramkan adunan dalam kuali dengan minyak panas.
  7. Goreng sehingga garing atau sesuai dengan tahap kecris yang diinginkan.
  8. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan dengan sos pencicah yang digemari.

Selamat mencuba!

Sumber: Khadijah Jaafar

Baca juga: Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!



Source link

Scroll to Top