Resipi Pau Kari Ayam Lembut Seperti Sutera: Anda Pasti Ketagihan!


cara buat pau

Betapa menyenangkannya apabila dapat menikmati pau inti ayam yang lazat pada waktu petang. Setelah mengetahui cara membuat pau gebu ini, anda boleh mencubanya di rumah bila-bila masa yang anda mau.

Pau yang putih bersih dan gebu ini sangat mudah disediakan, menggunakan bahan yang ringkas serta langkah yang tidak sukar. Intinya juga boleh diubahsuai mengikut citarasa.

Jika ingin menikmati pau yang panas dan harum sebaik sahaja keluar dari pengukus, mari cuba resipi ini. Confirm takkan berhenti makan!

Baca juga: Pau Goreng Kacang Merah, Ini Rahsia Dalam Yang Gebu Macam Kapas

CARA MEMBUAT PAU INTI AYAM GEBU & LEMBUT

cara buat pau

Bahan untuk starter:

  • 200g tepung pau
  • 10g yis
  • 145g gula aising (atau gula halus)
  • 285ml air suam

Bahan tambahan untuk doh:

  • 10g baking powder (atau gunakan 2 sudu teh double action baking powder)
  • 400g tepung pau
  • ¼ sudu teh cuka (tidak wajib)
  • ¼ sudu teh ammonium bikarbonat (tidak wajib)
  • 50g shortening
  • 2g garam (½ sudu teh)

Bahan lain:

  • Inti kari ayam (boleh menggunakan inti pilihan lain)
  • Potongan kertas minyak atau daun pisang sebagai alas

Cara membuat starter:

  1. Gabungkan air suam dan yis, kacau hingga yis larut sepenuhnya.
  2. Tambahkan tepung dan gula, gaul sehingga rata.
  3. Tutup mangkuk dan biarkan selama 1 jam sehingga berbuih dan kembang.

Cara membuat doh:

  1. Setelah 1 jam, campurkan bahan starter dengan semua bahan doh yang lain. Uli selama 8-10 minit hingga doh menjadi licin dan elastik.
  2. Tutup doh dan biarkan selama 30 minit atau sehingga ia mengembang dua kali ganda.
  3. Bahagikan doh kepada bebola kecil (anggaran 50g setiap satu). Biarkan doh berehat selama 10 minit.
  4. Ambil sekeping doh, canai atau leperkan sedikit dan letakkan inti di tengah. Bentuk bulat dan kemaskan.
  5. Letakkan doh yang telah dibentuk di atas potongan kertas minyak atau daun pisang.
  6. Biarkan doh berehat selama 10-15 minit.
  7. Kukus pada api sederhana selama 8-10 minit atau sehingga pau masak. (Resipi asal menggunakan api besar.)

Sumber: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Baca juga: Tips Kukus Pau Supaya Cantik Dan Tak Kecut, Sesuai Untuk Yang Baru Belajar



Source link

Scroll to Top