Mengembalikan Kilau Periuk Kaca Rentung: Tips Bersih Tanpa Bekas!


periuk kaca

Periuk kaca yang terbakar dan hitam legam? Jangan terburu-buru untuk membuang! Pasti banyak yang pernah mengalami situasi di mana terlupa mematikan api semasa memanaskan makanan. Ketika menyedari, makanan telah hangus dan periuk jadi hitam berkerak.

Jika periuk biasa mungkin tidak terasa apa-apa, tetapi apabila periuk kaca yang mahal itu terbakar, tentu terasa rugi. Biasanya, ramai yang membuat keputusan untuk membuangnya kerana beranggapan ia sudah tidak dapat diselamatkan.

Namun, sebenarnya periuk kaca yang telah rentung itu masih mempunyai peluang untuk dibersihkan. Tidak perlu menggosok dengan kuat ataupun membeli bahan yang mahal. Terdapat petua mudah yang boleh dicuba dan hasilnya pasti memuaskan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara paling mudah dan efektif untuk membersihkan periuk yang hitam terbakar. Jangan lupa untuk membaca hingga akhir, petua ini mungkin berkesan untuk menyelamatkan periuk kesayangan anda!

Baca juga: Cara Celur Sayur Agar Tak Bertukar Lebam, Warna Pun Kekal Hijau & Segar!

CARA MENGHILANGKAN KESAN HANGUS & HITAM PADA PERIUK KACA

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Campurkan air, soda bikarbonat, dan cuka ke dalam periuk.
  2. Rendam periuk yang hangus dalam campuran tersebut.
  3. Jika kesan hangus belum hilang selepas rendaman pertama, rendam lebih lama (seperti beberapa minggu).
  4. Setelah direndam, gosok menggunakan span kasar selama kira-kira 30 minit.
  5. Kesan hitam akan hilang, dan permukaan periuk kembali bersih tanpa calar.

Hasilnya:

Periuk kaca yang rentung dan penuh dengan kerak kini kembali bersih dan kelihatan hampir seperti baru. Petua ini sangat mudah, tidak memerlukan bahan mahal dan begitu berkesan.

Sumber: Lia Johari

Baca juga: Cara Hilangkan Bau Masam, Tengik & Kepam Pada Pengisar, Auto Macam Baru!



Source link

Scroll to Top