Tertelan tulang ikan merupakan peristiwa yang sering terjadi, tetapi jika tidak ditangani dengan cara yang tepat, ia boleh membawa akibat yang serius. Baru-baru ini, seorang lelaki berumur 29 tahun dari Henan, China, telah meninggal dunia selepas mencuba petua berbahaya untuk mengatasi masalah tercekik tulang ikan.
Mangsa yang dikenali sebagai Zhang Qiang dilaporkan berusaha menangani situasi tersebut dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu dengan mengambil cuka dan menelan nasi dalam usaha untuk menggeser tulang tersebut ke dalam perut.
Malangnya, pada keesokan harinya, Zhang mula mengalami kesukaran ketika menelan dan turut mengalami muntah darah sebelum dikejarkan ke hospital.
Baca juga: JAKIM Arah Tarik Balik Produk Indonesia Ada DNA Babi, Ini Senarai Penuh!
BAHAYA PETUA TERCEKIK TULANG IKAN, BOLEH RAGUT NYAWA!
Hasil pemeriksaan oleh doktor mendapati tulang ikan itu telah menembusi bahagian esofagus dan mengenai aorta torasik, iaitu salur darah utama yang mengangkut darah dari jantung ke seluruh tubuh. Kecederaan dalaman yang serius ini akhirnya meragut nyawanya akibat pendarahan yang tidak terkawal.
Walaupun tarikh kesinambungan kejadian tidak dinyatakan secara tepat, berita mengenai insiden ini mula mendapat perhatian dan menjadi tular di media sosial pada 12 Mei lalu.
Susulan peristiwa tersebut, Dr Li Peng, Timbalan Pengarah Jabatan Pembedahan Kepala dan Leher Tiroid di Hospital Kanser Henan, menekankan agar orang ramai tidak mengikuti amalan tradisional seperti menelan nasi atau meminum cuka jika tertelan tulang ikan.
Menurut beliau, “Mengambil cuka bukan sahaja tidak membantu melarutkan tulang, malah boleh menyebabkan kerosakan pada tisu tekak dan lapisan mukosa.”
APA PERLU DILAKUKAN JIKA TERLEKAT TULANG IKAN?
Jika anda mengalami situasi terlekat tulang ikan ini, segera dapatkan bantuan perubatan. Jangan cuba untuk mengeluarkan tulang dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan lebih lanjut!
Sumber: Sinar Harian
Baca juga: Kari Ayam Malaysia Curi Tumpuan Ramai, Diiktiraf Sebagai Stew Terbaik Dunia!