Kuih tepung pelita ini biasanya kita beli di gerai atau bazar kerana beranggapan proses penyediaannya sukar dan kompleks. Namun, selepas melihat perkongsian dari Pak Haji, ternyata mudah sahaja! Tiada keperluan untuk kukus dan jika tidak ada acuan khas, kita boleh menggunakan apa-apa bekas yang ada.
Dengan hanya menggunakan bahan asas seperti tepung nasi, gula, santan serta sedikit pewarna, kita dapat menghasilkan kuih yang lembut, berlemak dan menyegarkan apabila disimpan dalam peti sejuk. Memang sangat sesuai sebagai pencuci mulut atau hidangan ringkas di rumah.
Menariknya, resipi ini hanya memerlukan kaedah memasak di atas dapur, lalu dituangkan terus ke dalam bekas dan disejukkan. Mudah, cepat, dan sedap! Sesuai untuk mereka yang baru ingin belajar memasak.
Baca juga: Cara Mudah Membuat Kuih Badak Berendam, Lembut & Lemak Manis!
RESEPI KUIH TEPUNG PELITA TANPA KUKUS
Bahan-bahan untuk lapisan bawah (warna hijau):
- 1 cawan tepung nasi
- 1 cawan gula
- 5 cawan air
- Sedikit air kapur (jika tiada pun tidak mengapa)
- Pewarna hijau
- Gula halus (untuk tabur di dasar acuan – 1 sudu teh bagi setiap satu)
Cara-cara untuk membuat lapisan bawah:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
- Kacau hingga semua bahan bercampur sebelum menghidupkan api.
- Gunakan api perlahan agar adunan tidak berkumpul.
- Kacau hingga adunan benar-benar berkilat dan likat.
- Letakkan 1 sudu teh gula halus di bahagian dasar acuan atau bekas.
- Tuang adunan hijau ke dalam acuan tersebut.
Bahan-bahan untuk lapisan atas (warna putih):
Cara-cara untuk membuat lapisan atas:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
- Kacau hingga semua bahan bercampur sebelum menghidupkan api.
- Gunakan api perlahan dan kacau hingga adunan menjadi pekat dan berkilat.
- Apabila sudah pekat, tuang di atas lapisan hijau yang sudah diletakkan dalam acuan tadi.
Selamat mencuba! Tidak perlu kukus pun, boleh terus dinikmati setelah sejuk. Mudah, pantas, dan lazat!
Sumber: Pak Haji
Baca juga: Cara Membuat Kuih Pau Sambal Yang Mudah, Besar Dan Gebu Bukan Main Lagi!