Resepi kentang berlado kicap bersama terung dan tempe adalah sajian yang begitu menggugah selera dan mudah untuk disediakan. Makan bersama nasi yang masih panas pastinya sangat mantap!
Perpaduan bahan-bahan seperti kentang, tempe serta terung yang digoreng garing, dipadukan dengan kuah kicap yang pedas dan manis, menjadikan sajian ini sangat menarik dan memuaskan lidah.
Resipi ini juga sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa, baik sebagai hidangan utama atau pun sampingan. Dengan bahan yang mudah diperoleh, anda boleh mencuba untuk membuatnya sendiri di rumah.
Ayuh lihat resepi lengkap di bawah!
RESEPI KENTANG BERLADO KICAP BERSAMA TERUNG DAN TEMPE
Sila baca juga: Resipi Sambal Tempe Goreng Dengan Kangkung, Setelah Makan Tak Ingat Dunia!
Bahan-bahan:
- 4 biji kentang (potong dadu dan goreng)
- 1 keping tempe (potong dadu dan goreng)
- 2 biji terung (hiris dan goreng)
- Kicap lemak manis
- 2 biji cili besar merah*
- Cili padi merah dan hijau (mengikut tahap kepedasan)*
- 3 biji bawang besar*
- 2 ulas bawang putih*
Langkah-langkah:
- Bahan yang bertanda * dikisar kasar tanpa menambah air.
- Tumis bahan-bahan yang telah diblend sehingga masak.
- Masukkan kicap lemak manis, kacau hingga sebati.
- Tambahkan garam jika diperlukan. Biarkan tumisan sedikit pekat dan merata.
- Tambahkan bahan-bahan yang telah digoreng (kentang, tempe dan terung), gaul hingga semuanya sebati.
- Anda juga boleh menaburkan ikan bilis yang telah digoreng ke atas sajian untuk lebih kesedapan.
- Siap dan sedia untuk dinikmati!
Sumber: Norashikin Ismail
Sila baca juga: Resipi Kentang Goreng Cili Padi, Kesedapan Rasa Pedas Boleh Buat Anda Bertambah Nasi!