Apabila bangun pagi, pastikan anda menikmati sarapan yang enak agar lebih bertenaga untuk menghadapi aktiviti harian. Oleh itu, anda wajib mencuba resepi Sandwich Burger yang sangat praktikal ini.
Sandwich Burger merupakan hidangan yang paling mudah dan sedap menggunakan gabungan roti dan daging burger yang berjus. Biasanya, ia menjadi pilihan ibu-ibu untuk bekal anak-anak ke sekolah.
Bukan hanya sesuai untuk sarapan dan bekal, malah Sandwich Burger ini juga ideal sebagai hidangan petang di rumah. Tak salah jika ingin menyediakannya untuk potluck juga.
Adakalanya, ketika mood tidak ingin makan nasi, namun perut tetap berasa lapar, jadi anda boleh membuat Sandwich Burger kerana ia sangat praktikal dan mampu membuatkan anda kenyang.
Melalui perkongsian video di TikTok, yatiesden telah memperlihatkan cara membuat Sandwich Burger yang cukup mudah dengan menggunakan roti Gardenia dan memasaknya hanya di atas kuali. Mari kita cuba!
Baca juga: Sandwich Telur Rebus yang Paling Mudah, Bahan Ringkas tetapi Rasa Premium!
RESEPI SANDWICH BURGER
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Pertama sekali, masak daging burger terlebih dahulu (jika ingin menggunakan daging ayam pun boleh). Pusingkan sehingga masak, lalu angkat.
2. Selepas itu, potong roti kepada dua bahagian.
3. Seterusnya, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan pecahkan 2 biji telur seperti ingin membuat telur dadar (pastikan menggunakan api dapur yang perlahan).
4. Kemudian, celupkan roti ke atas telur dan setelah telur masak, terbalikkan.
5. Selepas itu, sapukan sos cili dan mayonis, lalu lipat tepi telur.
6. Tambahkan daging burger dan salad, kemudian picit sedikit sos cili di atasnya.
7. Akhir sekali, lipat dua dan angkat. Siap untuk dinikmati!
Dengan memanfaatkan bahan-bahan mudah dalam resepi Sandwich Burger ini, anda telah menghasilkan hidangan yang amat sedap untuk insan tercinta di rumah.
Lebih menarik, jenis menu ini pasti menjadi pilihan ramai, terutamanya bagi kanak-kanak. Cobalah untuk menyediakannya di rumah untuk anak-anak, pasti mereka akan minta lagi di lain waktu.
Selamat mencuba!
Sumber: yatiesden
Baca juga: Cara Buat Roti Goreng Lemak Manis, Menu Ringkas Tapi Sedap Luar Biasa