Kacang Merah Aiskrim Malaysia: Kenangan Manis dari Zaman Sekolah yang Berkrim!


aiskrim malaysia kacang merah

Kenangan di zaman persekolahan yang tidak dapat dilupakan adalah menikmati Aiskrim Malaysia Kacang Merah. Walaupun sejuk hingga menggeletar tangan, tetapi kepuasan akan dirasai saat memakannya.

Aiskrim Malaysia adalah sejenis aiskrim tradisi tempatan yang dibekukan dalam plastik panjang dan amat terkenal di Malaysia sejak dulu, khususnya pada era 80-an dan 90-an.

Kali ini, kami ingin berkongsi resipi Aiskrim Malaysia Kacang Merah dari Siti Norazliana di Facebook yang dapat membawa anda kembali ke zaman sekolah yang penuh nostalgia.

Baca juga: Cara Buat Aiskrim Malaysia Perisa Jagung, Betul-Betul Terasa Lemak Manisnya!

RESIPI AISKRIM MALAYSIA KACANG MERAH

aiskrim malaysia kacang merah

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, rendam kacang semalaman dan rebus hingga lembut, kemudian lenyekkan (lebih lama kacang direndam, lebih baik dan mudah lembut).

*Saya gemar menggunakan banyak kacang merah, resipi ini hanya anggaran.

2. Selepas itu, masak 1½ liter air dan 1 cawan gula di atas dapur sehingga gula larut.

3. Campurkan 3 sudu tepung pulut dan 3 sudu tepung jagung, kemudian tuang ke dalam air gula tersebut. Kacau hingga tepung hancur; lebih mudah menggunakan mixer.

4. Seterusnya, masukkan ½ tin susu pekat, 1 kotak santan kecil, 1 tin susu cair, sedikit garam, dan sirap untuk warna yang menarik.

aiskrim malaysia kacang merah

5. Selepas itu, gunakan api kecil dan kacau sehingga mendidih. Masukkan kacang yang telah dilenyek dan terus kacau sehingga kacang sebati, kemudian matikan api.

6. Akhir sekali, tuang aiskrim ke dalam plastik aiskrim dan beku semalaman. Siap untuk dinikmati!

Jika tiada plastik aiskrim di rumah, anda masih boleh membuat resipi Aiskrim Malaysia Kacang Merah ini dengan menggunakan bekas biasa sahaja.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Norazliana

Baca juga: Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite, Biru Dia Berbeza!



Source link

Scroll to Top