Retsepi japanese cream puff ini cukup unik berbanding cream puff biasa kerana ia lebih garing dan saiznya juga lebih besar.
Isinya tidak terhad kepada kesemua kastad atau vanila. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis inti yang dihajat.
Salah satu contohnya adalah japanese cream puff inti coklat seperti yang kami kongsikan ini. Untuk sesiapa yang ingin mencuba, mari lihat resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Resipi Kek Coklat Ganache, Tanpa Mixer Pun Boleh Buat Kek Sedap Macam Ini
RESEPI JAPANESE CREAM PUFF
Bahagian 1: PUFF
Bahan-bahan:
- 60 gram mentega
- 120 ml air
- 65–70 gram tepung gandum
- ½ sudu kecil esen vanila
- 2 biji telur
Cara-cara:
- Didihkan mentega dan air dalam periuk kecil.
- Setelah mendidih, masukkan tepung gandum. Kacau dengan pantas hingga adunan menjadi pekat dan tidak melekat (gunakan api kecil).
- Pindahkan adunan ke bekas lain dan biarkan sejuk sedikit.
- Pukul sekejap dengan mixer untuk menurunkan suhu.
- Tambahkan esen vanila dan telur satu persatu sambil terus dipukul hingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag/acuan mengikut bentuk yang dikehendaki.
- Bungkus dan simpan di dalam peti sejuk beku untuk dibakar kemudian.
Bahagian 2 RESEPI JAPANESE CREAM PUFF: CRAQUELIN (CRUST)
Bahan-bahan:
- 80 gram mentega
- 70 gram gula kastor (gula halus)
90 gram tepung gandum
Cara-cara:
- Campurkan mentega dan gula hingga sebati (jangan terlalu lama).
- Tambahkan tepung gandum dan gaul hingga menjadi doh menggunakan spatula.
- Letakkan doh di atas kertas pembakar dan canai nipis (jangan terlalu nipis atau tebal).
- Tekapkan doh menggunakan acuan menurut saiz puff (pastikan kulit sedikit lebih besar daripada puff).
- Simpa dalam peti beku. Boleh disimpan berbulan-bulan jika dibekukan.
Bahagian 3: CREAM COKLAT
Bahan-bahan:
- 250 ml susu penuh krim
- 50 gram gula
- 20 gram tepung jagung
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu besar serbuk koko
- 75 gram coklat (chocolate coin)
- 150 ml krim pencuci bukan tenusu
Cara-cara:
- Campurkan susu, gula, tepung jagung, kuning telur, dan serbuk koko dalam periuk. Gaul hingga sebati sebelum menghidupkan api.
- Hidupkan api dan masukkan coklat. Masak sehingga adunan menjadi pekat.
- Pindahkan ke dalam bekas, bungkus, dan simpan di dalam peti sejuk (chiller).
- Pukul krim pencuci hingga kembang.
- Campurkan adunan coklat ke dalam krim pencuci. Pukul seketika hingga sebati.
Cara Membakar:
- Panaskan oven pada suhu 180°C selama 20 minit.
- Susun puff di atas dulang pembakar, kemudian letakkan craquelin/crust di atas setiap puff.
- Bakar selama 30 minit mengikut suhu berikut:
180°C selama 15–16 minit pertama - Turunkan suhu kepada 150–160°C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi.
- Setelah masak, jangan keluarkan terus dari oven. Biarkan pintu oven sedikit terbuka dan puff dibiarkan di dalam hingga suam (untuk mengelakkan ia menjadi lembik atau kempis).
- Akhirnya, pipekan krim coklat ke dalam puff yang telah ditinggalkan sejuk.
- Sedia untuk dihidangkan!
Sumber: Dea Noorfaizura
Baca juga: Cara Buat Kek Batik Klasik, Resipi Tanpa Telur & Tepung Tapi Lembut Bila Digigit