Coleslaw merupakan sajian yang sering kita dapati di restoran, terutamanya dalam menu masakan barat. Namun, agak sukar untuk menemukan coleslaw yang benar-benar enak. Jadi, apa kata kita cuba memasak resipi coleslaw sendiri di rumah.
Rupanya terdapat satu rahsia untuk menjadikan coleslaw lebih enak, iaitu dengan menambahkan susu. Dengan sedikit susu pekat dan susu cair, rasa coleslaw menjadi lebih creamy dan menggoda selera. Jom kita cuba!
Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ala KFC, Buat Sendiri Puas Hati
RESEPI COLESLAW
Bahan-bahan:
- ½ biji kobis
- 1 biji lobak merah
- 1 biji bawang merah besar
- 5 sudu cuka
- 3 sudu gula
- Garam (secubit)
- 4 atau 5 sudu mayonis
- 2 sudu susu pekat
- 3 sudu susu cair
Cara-cara membuat:
- Potong kobis dengan nipis, lobak merah dipotong secara julienne dan bawang merah besar dipotong menjadi dadu kecil.
- Gabungkan semua bahan, cuci dan toskan. Keringkan sejenak.
- Campurkan 5 sudu cuka dengan 3 sudu gula, kemudian kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jika tidak gemar rasa masam, boleh kurangkan sedikit cuka.
- Masukkan kobis yang sudah kering ke dalam mangkuk dengan campuran cuka dan gula, serta sedikit garam (secubit pun memadai).
- Kacau semuanya hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
- Selepas itu, tos sekali lagi kerana akan ada air yang keluar. Jangan membasuh, hanya tos sahaja. Ini untuk mengurangkan baki gula dan cuka.
- Apabila agak kering, masukkan mayonis (4 atau 5 sudu), 2 sudu susu pekat, dan 3 sudu susu cair. Gaul semua hingga rata.
- Simpan dalam peti sejuk. Lagi sejuk, lagi sedap!
Nota: Anda perlu menilai jumlah bahan kerana saiz kobis mungkin berbeza. Resipi ini menggunakan saiz sederhana. Selamat mencuba!
Kredit: Noor Faida
Baca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan