Gulai Kambing Beraroma: Kelezatan Rempah yang Tak Terlupakan!


resipi gulai kambing

Resipi gulai kambing ini benar-benar satu sajian yang sukar untuk dilupakan. Bayangkan kekayaan rasa santan pekat yang bersatu dengan rempah-rempah yang telah ditumis lama hingga melepaskan minyaknya, menghasilkan aroma yang menggoda, berempah, dan penuh rasa.

Selain itu, terdapat sedikit kemanisan daripada gula melaka, diimbangi dengan rasa pedas lembut dari cili serta lada hitam. Gabungan daun kari, halia, dan serai menambah satu lagi lapisan bau yang amat memikat!

Boleh dikatakan, rasa gulai kambing ini mantap dan ‘kaw’ yang membuatkan kita ingin menikmatinya berulang kali. Jika dicicah dengan roti atau nasi panas, pasti terasa sempurna!

Ayuh, ikuti resipi lengkap yang dikongsi di bawah ini.

Baca lagi: Cara Cuci Kuali Non-Stick Supaya Tak Cepat Rosak, Hasilnya Lebih Tahan Lama!

RESIPI GULAI KAMBING

Bahan-Bahan

  • Daging kambing – 500 gram, dipotong dalam saiz sederhana
  • Halba campur – 1 sudu kecil (boleh ditemui di kedai rempah ratus)
  • Daun kari – 1 tangkai

Bahan-Bahan Kisar

  • Bawang merah – 1 ½ biji saiz sederhana (saiz bola ping pong)
  • Bawang putih – 1 ulas kecil
  • Serai – 1 hiris nipis bulat
  • Halia – 1 hiris nipis
  • Lengkuas – ½ hiris nipis

Bahan Rempah Kari

  • Rempah kari – 3 sudu besar
  • Serbuk cili Baba’s – 1 sudu kecil

Bahan Perasa

  • Gula melaka – ½ relung atau ½ sudu besar
  • Garam – ½ sudu kecil
  • Gula – ½ sudu kecil
  • Serbuk perasa – secubit dua (jika ingin)

Bahan Lain

  • Santan pekat – 1 senduk
  • Air – segelas untuk menumis, ditambah satu cawan lagi semasa mengempukkan daging

Cara-Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, kemudian tumiskan 1 sudu kecil halba campur hingga wangi. Tambahkan daun kari untuk memberikan aroma khas dalam gulai.

2. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih, serai, halia, dan lengkuas) ke dalam periuk. Tumis sehingga bahan kisar mengeluarkan aroma dan sedikit garing.

3. Tambahkan 3 sudu besar rempah kari bersama 1 sudu kecil serbuk cili Baba’s. Tumis sehingga rempah benar-benar garing dan pecah minyak. Ini memastikan rempah dimasak dengan baik dan kuahnya lebih pekat serta berperisa.

4. Tuangkan segelas air ke dalam periuk dan masukkan bahan perasa seperti berikut: ½ relung gula melaka, ½ sudu kecil garam, ½ sudu kecil gula, dan secubit serbuk perasa jika ingin.

5. Kecilkan api dan biarkan bahan tumis pecah minyak dalam 5-8 minit. Kacau sesekali untuk mengelakkan rempah dari hangus.

6. Masukkan potongan daging kambing ke dalam kuah tumisan. Biarkan daging masak dalam api perlahan sehingga lembut, kira-kira

satu jam.

7. Setelah daging menjadi lembut, tambahkan 1 senduk santan pekat dan satu cawan air lagi. Kacau hingga campuran sebati.

8. Tambah sedikit garam dan gula mengikut cita rasa anda. Biarkan kuah gulai mendidih perlahan selama 6-8 minit. Kacau sekali-sekala untuk memastikan kuahnya masak dengan rata.

9. Padankan gulai kari kambing ini dengan ayam goreng panas dan nasi putih untuk hidangan yang sempurna.

resipi gulai kambing

Selamat mencuba!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca lagi: Resepi Sambal Jantan Yang Terkenal Di Kelantan, ‘Power’ Yang Tiada Tara!



Pautan sumber

Scroll to Top