“Gulai Udang Pucuk Paku: Hidangan Menggugah Selera yang Bikin Ketagihan!”


gulai lemak udang

Jika anda teringin merasakan hidangan tradisional, gulai lemak udang bersama pucuk paku ini sangat patut dicuba. Perpaduan rasa santan yang kaya, pedas dari cili api, dan manis dari udang segar, ditambah dengan pucuk paku yang lembut membuatnya sangat harmonis!

Resipi ini cukup mudah, tetapi hasilnya pasti menjadikan anda ingin tambah. Sangat sesuai untuk anda yang ingin memasak dengan cepat tetapi tetap mahu menikmati hidangan kampung yang menggugah selera. Ayo cuba resipi lengkap di bawah!

Baca juga: Resipi Udang Harimau Kam Heong, Aroma Menggoda Buat Selera Terangkat!

RESEPI GULAI LEMAK UDANG DAN PUCUK PAKU PAKIS

gulai lemak udang

Bahan tumbuk:

  • 6 biji cili padi (mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • 4 ulas bawang kecil (bawang rose)
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
  • Sedikit ikan bilis

Bahan lain:

  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 kotak kecil santan (200ml)
  • Sekadar air
  • Sekadar garam (mengikut selera)
  • 1 keping asam keping
  • Udang segar (dibersihkan)
  • 1 ikat pucuk paku (dikerat dan dibersihkan)

Cara memasak:

  1. Tumbuk semua bahan dalam senarai bahan tumbuk hingga halus.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk. Tambah serai dan sedikit air.
  3. Nyalakan api sederhana dan biarkan bahan mereneh seketika supaya bau wangi terhasil.
  4. Masukkan santan dan kacau perlahan agar santan tidak pecah.
  5. Tambahkan garam dan asam keping.
  6. Biarkan kuah mendidih perlahan.
  7. Masukkan udang dan biarkan ia masak sekejap.
  8. Akhir sekali, masukkan pucuk paku. Gaul rata dan tunggu hingga pucuk paku layu.
  9. Setelah layu, matikan api dan sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Kari Udang & Bendi, Ada Lebihan Kuah Sesuai Untuk Cicah Roti



Source link

Scroll to Top