Musim mangga sudah tiba! Jika anda mempunyai mangga separuh masak di rumah, apa kata cuba sediakan Ayam Mangga Thai. Resipi ini memang mudah! Ayam hanya perlu digoreng dengan tepung, kemudian dicampurkan dengan sos mangga yang masam, manis, dan pedas.
Anda tidak perlu menyediakan banyak hidangan. Makan bersama nasi panas dan sayur goreng pun sudah cukup menarik. Mahu tahu cara penyediaannya? Jom semak senarai bahan dan langkah-langkah di bawah. Memang sangat mudah!
Baca juga: Cara Membersihkan Ayam Dengan Penuh Bersih, Rendam Dalam ‘Air Ini’ Untuk Menghilangkan Semua Lendir & Bau
RESEPI AYAM MANGGA
Bahan untuk ayam:
- 300g daging ayam (dipotong kecil)
- Tepung goreng segera (seperti Bestari atau jenama lain)
Bahan untuk sos mangga:
- 1 biji mangga separuh masak (diparut atau dicincang panjang)
- 5-8 biji cili padi merah (dihiris)
- 3 ulas bawang merah kecil (dihiris halus)
- 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 sudu besar sos Thai
- 1 sudu besar kicap sotong Thai
- 1 sudu teh serbuk perasa (pilihan)
- Jus dari 1-2 biji limau kasturi
- Daun ketumbar (dihiris)
Cara memasak:
- Salut daging ayam dengan tepung goreng segera.
- Goreng dalam minyak panas sehingga keemasan dan garing. Toskan minyak.
- Dalam mangkuk besar, gabungkan mangga parut, cili padi, bawang merah, bawang putih, daun ketumbar, sos Thai, kicap sotong Thai, serbuk perasa, dan jus limau kasturi.
- Gaul hingga semua bahan tercampur rata.
- Perasakan mengikut selera manis, masam, dan masin yang anda inginkan.
- Masukkan ayam goreng ke dalam mangkuk sos.
- Gaul rata dan biarkan seketika agar ayam menyerap perisa.
Sumber: Imanja Zaida
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Ketumbar, Perapan Rahsia Ini Confirm Sedap Menjilat Jari!