Apabila anda menggemari pencuci mulut yang lembut, sejuk dan kaya dengan rasa buah yang sebenar, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Puding Mangga Kastard. Suapan pertama pasti akan memikat selera anda.
Puding Mangga Kastard menghadirkan gabungan menawan antara kastard berkrim yang dimasak dengan sempurna dan puri mangga segar yang manis secara semulajadi. Perpaduan ini menghasilkan rasa yang begitu mengagumkan.
Puan Zur telah berkongsi resipi Puding Mangga Kastard di Facebook, dan hasilnya pasti menyegarkan ketika dinikmati bersama orang tersayang di rumah. Mari kita cuba!
Baca juga: Puding Mangga Susu Mudah Tanpa Pewarna, Terasa Sejuk Manis di Lidah!
RESIPI PUDING MANGGA KASTARD
Bahan-bahan:
- Potongan buah mangga
- 1 tin susu cair
- 4 tin air masak (ukur menggunakan susu tin)
- 4 sudu besar tepung kastard
- Gula
- Susu pekat secukup rasa
- Sedikit garam
Langkah-langkah penyediaan:
1. Pertama sekali, campurkan susu cair, air masak dan tepung kastard tanpa meletakkannya di atas api terlebih dahulu.
2. Setelah tepung kastard bercampur dengan baik dalam bancuhan susu, letakkan di atas api dan kacau sehingga pekat.
3. Kemudian, tambahkan gula dan susu pekat secukup rasa serta sedikit garam untuk meningkatkan rasa kuah ini.
4. Setelah kuah pekat, matikan api dan biarkan ia sejuk, sambil sesekali dikacau.
5. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas dan tambahkan potongan buah mangga.
Tips tambahan dalam resipi ini:
- Jika kuah masih cair, campurkan 1 sudu tepung kastard dalam setengah cawan air masak hingga sebati. Tambahkan sedikit demi sedikit ke dalam kuah sehingga mencapai kepekatan yang diingini.
- Kepekatan yang biasanya saya hasilkan lebih kurang seperti santan kara. Jika terlalu pekat, boleh tambah air atau susu, atau biarkan sahaja. Ketika hendak menikmatinya, gaul dengan ketulan ais, pasti lebih enak.
Selamat mencuba!
Sumber: Puan Zur
Baca juga: Puding Cheese Mangga 3 Layer, Cara Agar Kemas Dan Terpotong Cantik