Pelbagai teknik digunakan untuk mencipta bentuk puding yang inovatif sehingga dapat menarik perhatian ramai, dan salah satu cara tersebut adalah resipi Puding Laici Susu Ocean Blue.
Resipi Puding Laici Ocean Blue yang dikongsikan oleh Nur Leeya di Facebook telah mendapat sambutan positif daripada ramai kerana hasilnya yang amat menawan. Mari kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Keindahannya Seiring Dengan Rasa Sedap Yang Tidak Terceritakan
RESIPI PUDING LAICI SUSU OCEAN BLUE
Bahan-bahan untuk lapisan biru:
- 10g serbuk agar-agar
- 300ml air laici
- 600ml air
- ½ cawan gula (ikut citarasa masing-masing)
- Pewarna biru
- 1 hingga 2 sudu makan selasih (rendam dalam air panas)
Bahan-bahan untuk lapisan susu:
Langkah-langkah membuat lapisan biru:
1. Pertama sekali, didihkan serbuk agar-agar, air laici, air, gula dan pewarna (elakkan penggunaan pewarna biru yang berlebihan, biarkan ia menjadi warna yang lembut).
2. Setelah itu, potong buah laici dalam ukuran kecil dan masukkan ke dalam acuan atau loyang.
3. Seterusnya, tambahkan selasih yang telah direndam dalam air panas tadi.
4. Tuangkan adunan biru yang sudah disediakan tadi ke dalam acuan hingga separuh kerana kita akan menuang lapisan susu selepas ini.
5. Terakhir, biarkan adunan biru menjadi sejuk.
Langkah-langkah membuat lapisan susu:
1. Didihkan serbuk agar-agar, susu cair, air dan gula (sebaiknya, jangan terlalu manis agar rasa lemak susu tidak hilang) hingga mendidih.
Langkah-langkah membuat puding laici susu ocean blue:
1. Tuangkan adunan lapisan susu ke atas adunan lapisan biru yang sudah sejuk dan separuh keras tadi.
2. Setelah keras, boleh mencucuk sedikit menggunakan garfu.
Kami yakin hasil resepi Puding Laici Susu Ocean Blue ini berpadanan dengan rasa sedap yang menyegarkan dan ia pasti akan menjadi pencuci mulut kegemaran ramai.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Leeyaa
Baca juga: Resepi Puding Roti Zebra Tanpa Kukus, Dapatkan Corak Berbelang Cantik Seperti Ini