Resepi telur bungkus sangat enak dengan isian yang melimpah. Lauk ini cukup untuk memenuhi perut, tanpa memerlukan hidangan lain!
Proses penyediaan telur bungkus ini juga amat mudah. Anda hanya memerlukan bahan-bahan asas yang biasanya terdapat dalam peti sejuk.
Ayuh kita lihat senarai bahan yang diperlukan serta langkah-langkah penyediaannya. Hidangan ini dijamin akan menjadi kegemaran seluruh keluarga!
Baca juga: Petua Masak Lemak Telur Itik Tak ‘Bersepah’ Dalam Kuah, Ikuti Cara Mudah Ini
RESEPI TELUR BUNGKUS
Bahan-bahan:
- Setengah biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dihiris dadu)
- Isi ayam (dicincang dadu)
- 2 sb sos tiram
- 2 sb sos cili
- Sekadar kicap
- Sayur pilihan (cili api, kacang buncis, tomato atau lobak merah)
- 4-5 sb air
- Garam, gula dan serbuk perasa
- 2 biji telur
Cara memasak:
- Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu.
- Masukkan isi ayam dan gaul sehingga mesra.
- Seterusnya, campurkan sos cili, sos tiram dan sedikit kicap (untuk memberi warna lebih gelap).
- Masukkan pelbagai jenis sayur yang ada dalam peti sejuk.
- Selepas itu, tuangkan sedikit air sahaja. Elakkan air terlalu banyak, kerana ia akan susah untuk melipat telur.
- Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sebentar selama 1-2 minit, boleh padamkan api.
- Setelah itu, sediakan telur. Pukul 2 biji telur dengan sedikit garam dan masukkan ke dalam kuali.
- Ratakan telur. Pastikan api tidak terlalu besar kerana takutkan hangus di bawah.
- Setelah telur masak, letakkan isi lauk di atas telur dan lipat dengan rapi. Lipat bahagian kiri dan kanan dahulu, kemudian bahagian atas dan bawah.
- Telangkupkan dengan pinggan. Jangan angkat dengan sudip untuk mengelakkan telur pecah.
- Seterusnya, angkat kuali dan terbalikkan.
- Selamat mencuba!
Kredit: Nor Farah Atika
Baca juga: Resipi Telur Masak Bawang, Menu Berbudget tetapi Sedap Tiada Tandingan!