Jika anda sedang mencari hidangan penutup yang mudah disiapkan tetapi cukup menggugah selera, anda perlu mencuba resipi Puding Roti Bakar Kuah Kastard yang ringkas ini.
Berbeza dengan puding biasa, versi ini menggunakan roti bakar sebagai asasnya. Apabila dibakar bersama campuran, roti akan menjadi crispy di luar dan lembut di dalam.
Ariana Sofia Ahmad telah berkongsi resipi Puding Roti Bakar Kuah Kastard di Facebook dengan hasil yang pasti membuat sesiapa sahaja terliur melihatnya. Mari kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Roti Karamel Tanpa Susu Cair, Sekali Suap Terus Rasa Nikmat
RESIPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN KUAH KASTARD
Bahan-bahan:
- 8 keping roti (dipotong 4)
- 2 cawan susu segar
- 3 sudu besar gula halus
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Mentega (sapukan pada roti)
- 2 cawan susu cair
- ½ cawan air
- 4 sudu gula biasa
- 2 sudu besar tepung kastard
Cara-cara membuat:
1. Pertama, sapukan roti dengan mentega. Jangan terlalu banyak mentega, nanti menjadi berminyak.
2. Kemudian, susun roti yang telah disiapkan ke dalam loyang bersaiz 9″ yang sudah disapukan dengan mentega.
3. Selepas itu, pukul telur dan esen vanilla sehingga sebati.
4. Apabila sudah sebati, masukkan gula halus dan pukul sehingga gula larut atau sebati.
5. Seterusnya, masukkan susu segar dan kacau hingga rata.
6. Setelah itu, tuang adunan ke atas roti tadi dan tekan sedikit dengan sudu supaya roti terendam.
7. Kemudian, taburkan kismis di atasnya.
8. Selepas itu, bakar pada suhu 200°C selama 25 minit. Jika khuatir hangus, boleh turunkan suhunya.
9. Untuk membuat kuah kastard, masukkan susu cair, gula, air dan tepung kastard ke dalam periuk.
10. Masak sehingga kuah jadi pekat kekuningan. Jangan terlalu pekat kerana setelah sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat.
11. Apabila kuah telah sejuk, tuangkan ke atas puding roti yang telah dimasak tadi. Siap untuk dinikmati!
Puding Roti Bakar ini tidak hanya kelihatan menggoda dengan kuah kastard yang menawan, tetapi resipinya juga mudah disediakan dengan bahan-bahan yang mudah didapati.
Selamat mencuba!
Sumber: Ariana Sofia Ahmad
Baca juga: Resepi Puding Roti Kastard Bergedik, Nikmatnya Terasa Sampai Ke Tekak