Ramai yang gemar memasak daging, tetapi tidak semua tahu teknik untuk melembutkan daging dengan cepat dan mudah. Kadang-kadang, walaupun sudah lama memasak, daging masih keras. Betul-betul menyakitkan hati!
Sebenarnya, terdapat banyak petua serta kaedah moden dan tradisional yang boleh digunakan untuk melembutkan daging tanpa menunggu lama. Malah, semua bahan ini biasanya sudah ada dalam dapur kita.
Jadi, mari kami kongsikan 12 tip berguna yang terbukti berkesan untuk anda cuba!
Baca juga: Cara Buat Perapan Daging Harimau Menangis yang Paling Mudah, Tapi Rasanya Memang Mantap!
12 CARA MELEMBUTKAN DAGING KORBAN DENGAN CEPAT
1. Tambah Ais Semasa Merebus
Ketika air mendidih, masukkan beberapa ketul ais. Perubahan suhu yang mendadak membantu memecahkan serat daging dan menjadikannya lebih empuk.
2. Masukkan Hirisan Nanas
Letakkan beberapa keping nanus semasa merebus. Enzim dalam nanas dapat membantu melembutkan daging secara semulajadi. Jangan letak terlalu banyak, ya, nanti daging jadi terlalu lembik.
3. Gunakan Baking Soda
Gosokkan baking soda pada daging dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas hingga bersih. Ia membantu melonggarkan struktur daging agar lebih lembut. Pastikan daging tidak terasa licin selepas dibilas.
4. Manfaatkan Periuk Tekanan
Jika anda mempunyai pressure cooker, lebih mudah! Daging boleh menjadi lembut dalam kurang dari 30 minit. Sangat sesuai untuk yang bercita-cita memasak dengan cepat.
5. Perap Dengan Lemon atau Limau Nipis
Hiris nipis dan perap bersama daging selama 2 jam atau semalaman. Kandungan asid dalam limau membantu melembutkan otot daging.
6. Tambah Cuka Dalam Masakan
Tuangkan sedikit cuka semasa merebus atau ketika memerap. Asid dalam cuka membantu memecahkan protein dalam daging yang keras.
7. Potong Melawan Arah Urat
Potong daging bertentangan dengan arah urat agar lebih cepat empuk. Jika tidak pasti, minta bantuan tukang daging. Buang juga selaput putih yang keras itu.
8. Ketuk Dengan Tukul Daging
Gunakan tukul khas (meat mallet) dan ketuk daging sebelum memasak. Ia membantu menipiskan serat dan menjadikan daging lebih lembut, seolah-olah membuat stik!
9. Tambah Kurma Dalam Rebusan
Masukkan 4-6 biji kurma semasa merebus. Kurma tidak hanya memberikan rasa manis, tetapi juga membantu melembutkan daging secara semulajadi.
10. Teknik “Mati Air”
Potong daging kecil-kecil dan masak dalam kuali tanpa minyak atau air. Daging akan mengeluarkan air sendiri. Apabila air kering, daging menjadi lebih cepat empuk.
11. Letak Alat Logam Dalam Periuk
Contohnya sudu besi, senduk tembaga, atau loyang kecil. Logam membantu mengekalkan suhu panas dan mempercepatkan proses daging empuk.
12. Perap Dengan Coca-Cola
Rendam daging dalam Coca-Cola semalaman. Kandungan asid dan gula membantu melembutkan serta memberi rasa manis yang sedap.
Petua-petua ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga membantu mengurangkan penggunaan gas dan tenaga. Yang paling menarik, daging akan lebih cepat empuk, mudah dimasak, dan hasilnya juga lebih sedap!
Sumber: Facebook
Baca juga: Resipi Daging Bakar Danok yang Juicy & Memikat, Siap Dengan Sos Thai ‘Power’!