Penyelesaian Hebat: Atasi Sinki Tersumbat Menggunakan Bahan Dapur!


cara baiki sinki tersumbat

Rupanya tidak sulit mana pun cara untuk memperbaiki sinki yang tersumbat. Tak perlu memanggil tukang paip atau membeli bahan yang mahal!

Dengan hanya memanfaatkan 3 bahan mudah dari dapur, anda sudah boleh menghindari masalah sinki tersumbat.

Boleh lakukan prosedur ini secara berkala, iaitu tiga kali setahun. Apa hasilnya? Sinki akan tetap lancar dan bebas dari bau busuk.

Baca juga: Jangan Simpan 21 Makanan Ini Dalam Peti Sejuk, No. 5 Paling Kerap Dilakukan!

CARA MEMPERBAIKI SINKI TERSUMBAT

cara baiki sinki tersumbat

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Cuka masakan – anggaran RM3.50 sebotol
  • Soda bikarbonat – anggaran RM2.90
  • Air panas mendidih – secukupnya

Langkah-langkah:

  1. Tuangkan soda bikarbonat ke dalam lubang sinki. Gunakan kuantiti yang banyak untuk hasil yang lebih efektif.
  2. Biarkan selama 1-2 minit supaya soda bikarbonat dapat bertindak balas dengan sisa di dalam saluran.
  3. Curahkan cuka ke dalam lubang sinki. Akan berlaku tindak balas berbuih dan berasap, ini tanda bahawa bahan sedang berfungsi! Biarkan selama 10 minit.
  4. Pada waktu ini, anda akan melihat asap dan mendengar bunyi letupan kecil ketika soda bertindak balas dengan cuka. Lebih banyak soda, lebih baik hasilnya!
  5. Terakhir, tuangkan air panas mendidih. Curah perlahan-lahan ke dalam lubang sinki untuk melarutkan sisa yang telah dihancurkan tadi.
  6. Apa hasilnya? Air akan mengalir dengan cepat semula tanpa tersumbat.

Mudah sekali, bukan? Jadikan langkah ini sebagai rutin beberapa kali setahun untuk menghindari masalah tersumbat di masa depan.

Sumber: Norliza Zakaria

Baca juga: Jangan Buang Periuk Kaca Rentung & Hitam, Ini Cara Bersih Dengan Mudah Tanpa Calar!



Pautan sumber

Scroll to Top