Rahsia Sup Tulang: Resipi Kuah Jernih yang Memikat Hati!


cara buat sup tulang

Setiap kali memikirkan sup tulang, pasti akan terbayang kuahnya yang panas dan penuh aroma. Sebenarnya, terdapat trik dan cara membuat sup tulang untuk mencapai hasil yang sempurna.

Sup tulang adalah sejenis hidangan berkuah yang terbuat dari tulang dan daging (biasanya lembu atau kambing) yang direbus dalam waktu lama bersama pelbagai rempah dan bahan aromatik sehingga menghasilkan kuah yang kaya rasa, berperisa, dan berlemak.

Bagi anda yang ingin mendapatkan kuah jernih, berlemak, dan sedap, boleh mengikuti trik dan cara membuat sup tulang yang dikongsikan oleh Chef Amer di Facebook ini.

Baca juga: Tips Memasak Daging Korban Supaya Lembut & Berbau Wangi, Pasti Sedap Ketika Makan!

CARA MEMBUAT SUP TULANG PALING SEDAP

cara buat sup tulang

1. Pilih tulang atau daging.

Pilih tulang lembu bahagian lutut (gearbox), tulang rusuk, tulang leher, atau tulang sum-sum kerana bahagian ini menghasilkan sup berlemak dan kaya kolagen.

2. Proses blanching (cuci darah dan kotoran).

Rebus tulang selama 5 hingga 8 minit dan toskan airnya. Ini penting untuk mendapatkan kuah yang jernih dan tiada bau ‘kandang’.

3. Tumis rempah dan pes sup.

Gunakan pes sup yang disediakan khas seperti bawang besar, bawang putih, halia, rempah sup yang sangai (lada hitam, jintan manis, ketumbar) dan herba pilihan seperti bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis hingga pecah minyak, rempah naik bau dan warna pes berubah menjadi perang keemasan.

4. Mereneh (simmering) lama:

Masukkan tulang dan air secukupnya. Reneh sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam dengan api perlahan. Ini penting untuk:

  • Mengekstrak kolagen dan gelatin daripada tulang.
  • Daging menjadi lembut dan mudah terpisah dari tulang.
  • Kuah menjadi pekat dan mempunyai rasa umami semula jadi.

cara buat sup tulang

5. Teknik klarifikasi (jika ingin sup jernih).

Jika ingin kuah yang jernih, gunakan teknik penapis dan buang buih semasa mereneh. Terdapat juga teknik egg white raft untuk menyaring kotoran halus (tahap lanjutan).

6. Perasa terakhir.

Masukkan garam, sedikit serbuk lada putih, dan daun sup. Tambah air limau nipis jika mahu rasa masam yang ringan.

7. Penyajian.

Sajikan dengan tulang besar yang panas, ditabur daun bawang, bawang goreng, dan sambal kicap untuk sentuhan pedas.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Chef Amer

Baca juga: Tips Memasak Pulut Kuning Tahan Lama & Tidak Mudah Basi, Sampai Esok Masih Berkilat!



Link sumber

Scroll to Top