Setiap individu pasti pernah menghadapi isu bau ayam yang sukar dihapuskan meskipun dibersihkan berkali-kali. Sebenarnya, terdapat cara untuk menghilangkan bau hanyir ayam ini dengan mudah.
Ayam sering dijadikan bahan utama dalam pelbagai hidangan yang lezat. Bisa dikatakan, setiap hari orang menggunakan ayam kerana ia mudah untuk dimasak di rumah.
Namun, ada satu masalah yang sering timbul ketika menggunakan ayam iaitu bau hanyir yang agak sukar untuk dihilangkan. Walaupun dibasuh berkali-kali, baunya tetap kekal.
Bau hanyir ayam dapat mengganggu rasa masakan menjadi kurang enak. Tambahan lagi, ia membuatkan peti sejuk di rumah berbau tidak menyenangkan sebaik dibuka.
Oleh kerana ramai yang mengalami situasi ini, kami ingin berkongsi cara untuk menghilangkan bau hanyir ayam dengan mudah dan cepat menggunakan hanya dua bahan sahaja. Jom kita lihat caranya!
Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Dalam Masa 5 Minit, Sekejap Je Boleh Masak!
CARA HILANGKAN HANYIR AYAM
Bahan-bahan:
Cara-caranya:
1. Pertama sekali, ambil tepung gandum dan taburkan ke dalam bekas ayam mengikut jumlah yang ingin dibersihkan (saya gunakan 4 sudu tepung).
2. Kemudian, gaulkan ayam bersama tepung gandum tersebut dengan sepenuhnya, lalu biarkan seketika.
3. Selepas itu, cuci ayam dengan menggunakan air yang bersih dan bilas dua kali.
4. Selanjutnya, tapis air dan aturkan ayam dalam bekas yang bersih dan tertutup dengan rapi.
5. Terakhir, hiriskan lemon dan aturkan ke dalam bekas ayam tersebut.
Kami percaya anda pasti terkejut dengan hasilnya setelah menerapkan cara menghilangkan bau hanyir ayam ini. Tidak hanya bau hanyir ayam itu hilang, namun ayam akan tetap segar berseiring lemon.
Tanpa ragu, aroma lemon yang bersih dapat membantu untuk menyingkirkan bau hanyir ayam yang menusuk hidung. Dengan teknik ini, anda dapat menghindari masakan menjadi kurang sedap.
Ingat untuk berkongsi cara ini kepada keluarga dan sahabat yang gemar memasak di rumah. Paling penting, ayam kini tidak berbau dan sentiasa segar untuk digunakan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Thiihomes
Baca juga: Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi