Sudah pernah mencuba Cantonese Kuey Teow? Atau mungkin lebih sering dengar orang menyebutnya sebagai Cantonese Ying Yong. Hidangan ini antara menu yang terkenal dalam masakan Kantonis.
Yang menarik, resipi ini menyatukan dua jenis mi iaitu mihun yang digoreng hingga garing dan kuetiau yang dicampur kicap serta digoreng pada suhu tinggi.
Resipi ini sangat mudah. Sesuai untuk hidangan tengah hari atau malam, terutama ketika ingin sesuatu yang hangat dan berkuah. Mari kita lihat bahan-bahan serta cara penyediaannya di bawah!
Baca juga: Cara Buat Mini Apam Pisang Kukus, Cukup Manis & Terasa Lembut Apabila Digigit
RESEPI CANTONESE KUEY TEOW
Bahan untuk mi:
- Mihun – digoreng dalam minyak panas hingga rangup
- Kuetiau – dicampur sedikit kicap, digoreng pada api besar sehingga sedikit garing dan ‘jernih’
Bahan untuk kuah:
- 2-3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- Isi ayam (dipotong kecil)
- Udang (dikupas dan dibersihkan)
- Kek ikan (dihiris)
- Hati ayam (dihiris – jika suka)
- Sawi (dipotong)
- 1 kiub pati ayam
- Serbuk lada sulah secukupnya
- Garam secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- 1 biji telur – dipukul ringan
- Air atau stok ayam secukupnya
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan goreng mihun hingga garing, angkat dan toskan.
Gaul kuetiau dengan sedikit kicap, kemudian goreng pada api besar sehingga sedikit hangus di tepi. Angkat dan ketepikan. - Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan isi ayam, hati ayam (jika gunakan) dan udang. Kacau hingga separuh masak.
- Masukkan kiub ayam, garam, dan serbuk lada sulah.
- Tambahkan sawi dan kek ikan, biarkan sayur layu sedikit.
- Tuangkan air campuran tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Akhiri dengan menuangkan telur yang telah dipukul. Kacau perlahan supaya telur membentuk ‘ribbons’ dan kuah tidak terlalu keruh.
- Hidangkan mihun dan kuetiau goreng dalam pinggan.
- Siram dengan kuah yang panas di atasnya. Siap untuk dinikmati!
Sumber: Joanna Johan
Baca juga: Resipi Telur Tumis Bawang, Lauk Jimat Tetapi Rasa Penuh Nikmat!