Ikan kering sememangnya enak apabila digoreng dengan garing dan dinikmati bersama nasi panas. Namun, ada satu isu apabila menggoreng ikan kering, iaitu rasa masinnya kadangkala boleh menjadi sangat kuat!
Rasa masin yang berlebihan boleh mengurangkan selera makan. Jangan khawatir, terdapat beberapa kaedah mudah untuk menghilangkan rasa masin ikan sebelum proses menggoreng.
Baca juga: Cara Menghilangkan Hanyir Ikan Patin Dengan Petua Paling Berkesan, Bau Lumpur Pun Hilang Serta-Merta!
CARA MENGHILANGKAN MASIN PADA IKAN KERING
1. Rendam Dalam Air Garam
Petua ini mungkin kedengarannya aneh, tetapi ini adalah salah satu cara berkesan yang boleh dicuba. Air garam sebenarnya mampu membantu mengeluarkan lebihan garam dari ikan kering. Cara-caranya:
- Campurkan air dengan sedikit garam.
- Rendam ikan selama 15-30 minit.
- Bilas sehingga bersih sebelum menggoreng.
Air garam akan ‘menarik keluar’ garam dari ikan. Apabila dibilas semula, rasa ikan akan lebih seimbang.
2. Rendam Dalam Air Kelapa
Jika terdapat lebihan air kelapa segar, jangan dibuang! Ia boleh digunakan untuk mengurangi rasa masin pada ikan kering. Caranya:
- Rendam ikan dalam air kelapa selama 1–2 jam.
- Seterusnya, bilas dan toskan.
3. Balut Dengan Kertas Surat Khabar
Ini adalah petua tradisional yang berkesan dan masih digunakan hingga kini. Caranya:
- Ambil beberapa helaian surat khabar lama. Pastikan ia kering, bersih, dan tidak koyak.
- Balut ikan satu per satu atau susun dalam lapisan dan bungkus dengan kemas dalam surat khabar.
- Letakkan dalam bekas tertutup atau kawasan kering, elakkan kawasan lembap atau terkena air.
- Biarkan semalaman (kira-kira 6-8 jam). Jika mempunyai masa, boleh biarkan sehingga keesokan pagi.
- Esoknya, buka balutan dan terus goreng atau bilas sedikit sebelum memasak.
Sumber: Zanariah Mohamed Zain
Baca juga: Rahsia Ikan Goreng Cili Sedap Lain Macam, Rasa Pedas Beraroma Pasti Memikat Selera!