Kek Susu Pelangi Kukus: Lembut Seperti Awan!


resepi kek susu

Siapa sangka, dengan bahan-bahan yang sederhana dan hanya memanfaatkan periuk kukus, anda dapat menciptakan kek seperti resepi Kek Susu yang memukau penampilannya.

Kek Susu ini bukan sahaja cantik berwarna-warni, tetapi juga lembut seperti kapas. Selain itu, resepi ini sangat sesuai untuk anda yang ingin mencuba membuat kek tanpa menggunakan oven.

Kami terpesona dengan perkongsian daripada resepi Kek Susu yang dibuat oleh Pokwan Lemang di Facebook kerana hasilnya sangat menawan dan lembut ketika dinikmati. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Minyak Kukus Ringkas Guna Blender, Hasil Yang Kekal Lembut & Gebu!

RESEPI KEK SUSU

resepi kek susu

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • ½ cawan gula
  • ¾ cawan susu pekat manis
  • ¼ cawan susu cair
  • 1 sudu besar ovalette
  • Esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-cara untuk membuat:

1. Pertama, kisar atau gabungkan telur, gula, susu pekat manis, susu cair, ovalette dan esen vanila.

2. Kemudian, ayak tepung gandum dan baking powder.

3. Seterusnya, masukkan campuran tepung ke dalam bahan yang telah dikisar atau digabungkan tadi.

4. Selepas itu, kacau sehingga semua bahan bercampur dengan baik.

resepi kek susu

5. Selepas itu, bahagikan adunan ke dalam beberapa mangkuk dan tambahkan pewarna pilihan.

6. Seterusnya, sapu acuan dengan minyak supaya mudahkan proses mengeluarkan kek. 

7. Akhir sekali, tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 40 minit. Setelah sejuk, boleh dipotong. Siap untuk dinikmati.

Tak kira anda baru nak memulai atau telah lama dalam dunia pembakar tetapi ingin mencuba dessert yang mudah, resepi Kek Susu ini pasti menjadi pilihan yang ideal untuk anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Pokwan Lemang

Baca juga: Apam Susu Pandan Dengan 3 Langkah, Hasil Lembut Seperti Kek!



Sumber pautan

Scroll to Top