Bubur Lambuk Sempurna: Resepi Mudah Dengan 2 Cawan Beras!


resepi bubur lambuk

Sepanjang bulan Ramadan, ramai yang memberikan bubur lambuk sebagai sedekah. Maka, resipi Bubur Lambuk yang mudah ini boleh membantu anda untuk menyediakannya di rumah.

Di Malaysia, Bubur Lambuk atau lambuk merupakan sejenis sajian yang terkenal sepanjang bulan Ramadan. Lazimnya, ia dimasak secara bergotong-royong di masjid atau surau.

Setiap negeri di Malaysia boleh dikatakan mempunyai cara menyediakannya Bubur Lambuk unik mereka sendiri. Namun, kami telah menemui resipi yang lebih mudah dan ringkas untuk disediakan di rumah.

Jika anda ingin mencuba membuat di rumah, anda boleh merujuk kepada resipi Bubur Lambuk yang dikongsi oleh Kak Yong Asmahan di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Bubur Sum Sum Pandan, Resipi Mudah Ini Hasilkannya Lembut Bergedik

RESEPI BUBUR LAMBUK

resepi bubur lambuk

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Pertama sekali, kisar bawang merah, bawang putih, dan halia.

2. Selepas itu, tumis bahan yang dikisar menggunakan sedikit minyak sehingga bawang menjadi agak garing.

3. Seterusnya, masukkan rempah sup dan tumis hingga rempah masak.

4. Masukkan daging dan gaul hingga rata, kemudian tambahkan beras.

5. Goreng beras seketika dan tambahkan air, kemudian rebus hingga beras nampak lembut.

6. Setelah itu, masukkan santan, garam, serbuk lada hitam, kentang, dan lobak merah.

7. Apabila sayur sudah empuk, boleh taburkan daun sup dan bawang goreng. Siap untuk dihidangkan!

resepi bubur lambuk

Jika tiada bawang goreng di rumah, anda boleh menggantinya dengan udang kering juga. Selain itu, Bubur Lambuk ini amat sedap dimakan bersama isi ayam yang dicarik-carikkan.

Setelah anda mencuba resipi Bubur Lambuk ini di rumah, yang selebihnya boleh disedekahkan kepada jiran-jiran sebagai amal jariah di bulan Ramadan.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Yong Asmahan

Baca juga: Bubur Butir Nangka, Kenyal Dan Lembut Hingga Tak Cukup Makan Semangkuk!



Source link

Scroll to Top