Ayam Bawang Istimewa: Aroma Menggoda yang Memikat Selera!


resepi ayam bawang

Jika sedang buntu memikirkan hidangan apa untuk hari ini, apa kata anda cuba resepi Ayam Bawang di rumah? Hidangan ini mungkin kelihatan biasa, tetapi aroma tumisannya boleh membuatkan perut anda berbunyi.

Ayam Bawang adalah hidangan yang menggunakan ayam sebagai bahan utama dan dimasak bersama banyak bawang, terutamanya bawang besar dan bawang putih.

Resepi Ayam Bawang oleh Ziela Mazlan di Facebook ini kelihatan sangat menggugah selera sehingga ramai yang terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Rendang Berkuah, Sangat Sedap Sampai Keluarga Berebut Senduk!

RESEPI AYAM BAWANG

resepi ayam bawang

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Pertama sekali, goreng hirisan bawang (buat bawang goreng) dan ketepikan bawang setelah masak dengan sempurna.

2. Dalam minyak gorengan bawang yang sama, goreng ayam yang diperap dengan garam dan kunyit, kemudian ketepikan ayam yang sudah masak (jangan terlalu garing).

3. Buang sedikit minyak berlebihan dari ayam goreng dan tumis rempah kasar 3 sekawan serta daun kari.

4. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia kisar (ketiga-tiga bahan ini dikisar terlebih dahulu), kemudian masak hingga wujud aroma yang menyenangkan.

5. Tambahkan sesudu serbuk jintan manis, jintan putih dan 2 sudu serbuk cili, kemudian aduk rata.

6. Masukkan sesudu serbuk kari daging, sos cili, sos tiram dan sos tomato, kemudian aduk rata dan tambahkan sedikit air.

7. Seterusnya, perasakan dengan garam dan gula.

8. Akhir sekali, masukkan ayam goreng beserta bawang goreng dan campurkan hingga rata. Siap untuk dihidangkan!

Jika ingin hidangan yang mudah, resepi Ayam Bawang adalah pilihan ideal untuk dicuba. Bukan sahaja sebagai hidangan harian, malah sesuai untuk hidangan jamuan juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Ziela Mazlan

Baca juga: Resepi Ayam Masak Merah Seperti Kenduri Kahwin, Ini Rahsia Kuah Pekatnya…



Sumber pautan

Scroll to Top