Jika tiba-tiba teringin menikmati coleslaw tetapi malas membeli di kedai, anda boleh mencuba cara penyediaan coleslaw yang mudah dan lazat ini. Menariknya, tidak memerlukan banyak bahan pun untuk menghasilkan coleslaw yang krimi dan menggugah selera.
Coleslaw ini amat sesuai dijadikan hidangan sampingan. Dinikmati dengan ayam goreng, roti, atau nasi pun sangat serasi. Untuk rasa yang lebih enak, simpan terlebih dahulu dalam peti sejuk agar coleslaw menjadi sejuk dan segar ketika dihidang.
Baca juga: Peniaga Kongsikan Resipi Tepung Ayam Goreng Hasil Jualannya, Memang Rangup & Laku Keras!
CARA MENYEDIAKAN COLESLAW KREMI YANG MENYELERAKAN
Bahan-bahan:
Cara-cara:
- Serut atau hiris halus semua sayur-sayuran.
- Seterusnya, masukkan mayonis bersama sedikit perahan lemon segar.
- Gaul rata supaya setiap hirisan sayur terbalut dengan sempurna.
- Untuk coleslaw yang nikmat, gunakan mayonis jenama Lady’s Choice atau Kimball. Kedua-dua jenama ini tidak cepat cair walaupun dibiarkan lama. Sesuai bagi yang tidak suka coleslaw terlalu berair.
- Anda tidak perlu menambah garam atau gula kerana rasa mayonis bersama perahan lemon sudah cukup seimbang dan menyegarkan.
- Akhir sekali, simpan coleslaw dalam peti sejuk selama beberapa ketika agar ia sejuk dan rasanya lebih segar apabila dihidang.
Sumber resipi dan gambar: Cik Merpati Putih
Baca juga: Ibu Ini Kongsikan Resipi Nasi Butter Ala KFC, Buat Sendiri Puas Hati Anak-Anak Makan