Ketika tiba pertengahan bulan dan kewangan mula menguncup, resipi telur berlado ini boleh berfungsi sebagai penyelamat. Hidangan ringkas namun kaya rasa ini sering menjadi pilihan utama saat ingin berjimat.
Telur berlado termasuk dalam kategori hidangan berbudget yang boleh disiapkan dengan bahan-bahan asas yang ada di dapur. Sesuai untuk hujung bulan apabila kita perlu berhemat tetapi tetap ingin menikmati makanan yang sedap.
Baca juga: Resipi Telur Tumis Bawang, Hidangan Jimat Yang Penuh Rasa Enak!
RESEPI TELUR BERLADO
Bahan-bahan:
- Telur
- Lada merah besar*
- Cili hijau*
- Bawang besar*
- Bawang putih*
- Halia*
- Sos tiram
- Cukup rasa
- Air
Cara memasak:
- Kisar semua bahan yang ditandakan (*) iaitu lada merah besar, cili hijau, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus. Jika lebih suka dengan tekstur kasar, boleh kisar kasar atau tumbuk.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi dengan menggunakan api sederhana sehingga naik aroma dan pecah minyak.
- Masukkan sos tiram ke dalam tumisan dan gaul rata. Tambahkan pula serbuk cukup rasa atau sedikit garam mengikut citarasa. Masukkan sedikit air.
- Biarkan sambal mendidih selama 2-3 minit agar semua bahan sebati dan masak sepenuhnya. Kacau sesekali untuk mengelakkan hangus di bahagian bawah.
- Pecahkan telur satu persatu ke dalam sambal. Anda boleh buat lubang kecil di antara sambal untuk meletakkan telur agar ia masak dengan bentuk yang cantik dan tidak bercampur. Jangan kacau.
- Tutup kuali dan biarkan telur masak mengikut tahap kematangan yang diinginkan. Biasanya sekitar 3.
- Setelah telur masak, matikan api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Sumber: Puan Arma Abdul Rahman
Baca juga: Resipi Telur Dadar Rangup, Kembung & Tak Serap Minyak, Lebih Nikmat Dinikmati!