Apabila selera menginginkan sesuatu yang masam, berkuah dan beraroma, sotong masak asam pastinya pilihan terbaik. Rasa masam pedas yang dipadukan dengan wangi daun kari memang membuatkan nasi tambah lima!
Oleh itu, jika tidak tahu apa yang hendak dimasak hari ini, cuba resipi sotong masak asam yang ringkas, cepat dan pasti akan memuaskan selera seisi keluarga.
Sotong masak asam bukan sahaja mudah disiapkan, tetapi juga kaya dengan rasa yang seimbang dari sudut masam, manis, pedas dan berempah. Hidangan ini pasti akan memikat hati pencinta makanan laut.
Baca juga: Resipi Kari Sotong Gaya Kampung, Cara Mudah Namun Rasa Menggigit!
RESEPI SOTONG MASAK ASAM
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Sotong – dibersihkan dan disalut dengan sedikit serbuk kunyit
- Bawang besar – dihiris
- Bawang putih – dihiris
- Halia – dihiris
- Cili merah atau cili padi – dihiris serong (mengikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
- Air asam jawa (mengikut kepekatan yang disukai)
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun kari – untuk meningkatkan aroma dan rasa
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keemasan dan wangi.
- Masukkan daun kari dan sotong. Kacau sekejap agar sotong tidak liat.
- Tuangkan air asam jawa dan biarkan ia mereneh.
- Perasakan dengan garam dan gula mengikut selera.
- Jika ingin kuah yang lebih pekat, gunakan air asam jawa yang lebih pekat semasa memasak.
Sumber: Pelangi Cerah
Baca juga: Resipi Sotong Masak Cili Padi Kunyit, Tekstur Lembut & Tak Kecut Bila Ikut Cara Ini