“Resipi Kari Ayam Mudah: Masak Dalam 15 Minit dengan Sentuhan Magik!”


kari ayam simple

Apabila rasa lapar dan ingin memasak dengan cepat, kari ayam mudah ini adalah pilihan yang sempurna. Bahan-bahannya ringkas, langkah-langkahnya pun tidak banyak. Namun, rasa tetap mantap dengan kuah yang pekat.

Resipi ini juga ideal untuk individu bujang, mereka yang sibuk, atau sesiapa yang tidak gemar memasak dalam jangka masa panjang. Hanya menggunakan susu segar atau yogurt, tidak perlu santan untuk mendapatkan rasa lemak yang cukup.

Selain dihidangkan dengan nasi, kari ayam ini juga enak dinikmati bersama roti putih atau roti canai. Kuahnya yang pekat pasti membuatkan kita ingin mencicah hingga habis!

Baca juga: Resipi Ayam Mangga, Rasa Masam Manis Pedas yang Pasti Menggugah Selera!

RESEPI KARI AYAM MUDAH

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 ½ senduk rempah kari daging (dilunturkan dengan sedikit air, cukup sekadar larut dan tidak kering)
  • 1 sudu makan rempah kari (gaul dengan ayam)
  • 1 sudu makan garam

Bahan tumisan:

  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Daun kari (jika ada)
  • ½ cawan susu/yogurt

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam yang telah digaul dengan rempah kari dan garam. Goreng sekejap sahaja, seperti untuk ayam masak merah. Cukup untuk mengubah warna luar ayam. Tujuannya supaya ayam tetap berjus dan tidak kering walaupun kuah kari nanti pekat.
  3. Angkat ayam. Dalam minyak yang sama, tumis rempah kari yang telah dibancuh menjadi pes.
  4. Tambah sedikit minyak supaya rempah cepat masak.
  5. Guna api besar sekejap untuk memecahkan minyak, kemudian kecilkan api dan tutup kuali/periuk supaya rempah masak secara sekata.
  6. Apabila rempah sudah pecah minyak, masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi.
  7. Tambah susu segar atau yogurt dan sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga semua bahan sebati dan kuah menjadi pekat.
  8. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit asam (boleh perah limau nipis jika menggunakan susu).
  9. Siap untuk dihidangkan!

Sesuai dimakan dengan:

Sumber: Khabbab Jamalludin

Baca juga: Resipi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas-Pedas Manja! Sekali Rasa, Tak Berhenti Menyuap!



Source link

Scroll to Top