Kek Kopi Buttercream: Paduan Rasa yang Wajib Dicuba untuk Pencinta Kopi!


resepi kek kopi

Untuk pencinta kopi sejati, anda mesti cuba resepi Kek Kopi Buttercream ini. Ia bukan sahaja lembut dan gebu, tetapi juga cukup manis dengan salutan krim mentega yang sedap.

Resepi Kek Kopi Buttercream ini dikongsikan oleh Dea Noorfaizura di Facebook yang diperoleh daripada YouTube seorang pembuat kek dari Filipina. Ayo kita cuba!

Baca juga: Cara Membuat Mocha Tiramisu Cheese, Sekali Gigit Terus Cair Dalam Mulut, Memang Kek Eksklusif!

RESEPI KEK KOPI BUTTERCREAM

resepi kek kopi

Bahan A:

  • 2 cawan tepung kek (jenama Blue Key)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil baking soda
  • ¼ sudu kecil garam

Bahan B:

  • 170gram mentega
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Bancuhan kopi (5 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu besar air)

Bahan C (buttermilk):

  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 sudu kecil cuka

Bahan D (buttercream):

  • 250gram mentega
  • 200gram gula aising
  • 50ml whipping cream
  • Bancuhan kopi (4 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu besar air)
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara penyediaan kek kopi:

1. Pertama, ayak bahan A dan ketepikan.

2. Sediakan buttermilk dengan mencampurkan susu penuh krim dan cuka, kemudian ketepikan.

3. Pukul mentega dan gula menggunakan mixer pada kelajuan sederhana.

4. Masukkan telur satu demi satu sambil terus memukul.

5. Tambah esen vanilla, bancuhan kopi dan pukul hingga sebati.

6. Gabungkan adunan ke dalam campuran kering yang telah diayak.

7. Masukkan buttermilk dan kaup hingga rata.

8. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 7×7.

9. Bakar pada suhu 160ºC selama 25 minit dengan menggunakan api atas bawah.

10. Sediakan buttercream dengan memukul kesemua bahan yang disenaraikan menggunakan mixer.

11. Potong kek dan masukkan dalam bekas, kemudian paipkan buttercream di atasnya.

Bayangkan aroma kopi yang menyenangkan, digabungkan dengan kelembutan kek yang moist dan disalut buttercream yang manis, rasa yang sangat padu.

Selamat mencuba!

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resepi Kek Susu Pisang Paling Moist, Bau Harum Semerbak Satu Rumah



Sumber pautan

Scroll to Top