Tidak semua jenama diberikan kepercayaan untuk menjadi penaja utama dalam acara masakan yang dihadiri oleh chef terkemuka negara. Namun, Rempah Cap Bunga Rose telah membuktikan bahawa produk tempatan juga mampu bersaing, bahkan menjadi pilihan utama pakar kulinari berpengalaman, Prof. Dato’ Zamzani Abdul Wahab DPMT atau dikenali sebagai Chef Zam.
Inilah yang terlaksana dalam Bengkel Masakan Tradisi Terengganu yang berlangsung pada 14 dan 15 Jun lalu, hasil kerjasama antara Rich Talents International College, Chef Zam, dan Rempah Cap Bunga Rose.
Acara ini bukan hanya bengkel masakan, tetapi juga merupakan satu perayaan warisan, rasa, dan kualiti sebenar rempah Melayu.
Rempah Cap Bunga Rose menghadirkan rasa tulen Terengganu
Melalui bengkel ini, pemilik restoran, surirumah, dan pelajar masakan kolej diberi peluang untuk menggunakan Rempah Cap Bunga Rose dalam penyediaan masakan tradisional seperti Nasi Dagang, Kerutuk Ayam, dan Gulai Ikan Tongkol.
Selain itu, para peserta bengkel juga akan diajar cara untuk membuat kuih Akok Berlauk dan Tamin Sari. Siapa berkata Rempah Cap Bunga Rose hanya sesuai untuk masakan lauk? Menghasilkan kuih pun boleh sebenarnya.
Bengkel eksklusif membuka minda dan selera
Bengkel ini bukan sekadar mengajar teknik memasak. Ia memberikan pengalaman menyeluruh kepada peserta, terutama pelajar kulinari yang masih muda, untuk lebih menghargai keindahan seni masakan warisan.
Peserta bukan saja belajar cara mengolah masakan, malah mereka juga didedahkan dengan sejarah dan penggunaan rempah ratus dalam setiap hidangan tradisional, membuka minda mereka kepada nilai budaya yang terkandung dalam setiap suapan.
Rempah Cap Bunga Rose, gabungan rempah asli
Tidak ada hidangan tradisional yang dapat dianggap lengkap tanpa rempah yang sesuai. Di sinilah Rempah Cap Bunga Rose memainkan peranan yang krusial.
Terkenal dengan
Rempah Gulai, Rempah Masak, Serbuk Kacang Hijau dan Pes Gulai Ayam, produk Rempah Cap Bunga Rose memanfaatkan gabungan rempah ratus tulen dan seimbang. Aroma yang dihasilkan juga begitu menggoda.
Oleh itu, tidaklah mengejutkan jika jenama ini telah lama menjadi pilihan utama chef profesional, pemilik restoran, dan suri rumah dalam mencipta rasa masakan Melayu yang autentik.
Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam menghasilkan rempah berkualiti, Rempah Cap Bunga Rose kini lebih mantap sebagai jenama yang menggabungkan rasa dan warisan.
Keyakinan Chef Zam dalam produk ini sebagai penyokong rasmi dan bahan utama dalam bengkel kulinari adalah bukti nyata tentang standard dan mutu rempah ini yang tiada bandingan.
Rempah Cap Bunga Rose, rempah ratus tempatan yang bermutu dan diakui oleh pakar kulinari.
Kini anda juga boleh menghasilkan rasa autentik sebagaimana yang disediakan oleh Chef Zam sendiri dengan menggunakan Rempah Cap Bunga Rose. Rempah ratus tempatan yang sudah terbukti berkualiti dan dipercayai oleh pakar masakan.
Jangan lupa untuk mengikuti Facebook dan TikTok Rempah Cap Bunga Rose untuk menerokai keunikan rasa masakan Melayu asli dari dapur anda sendiri.
Dapatkan produk Rempah Cap Bunga Rose di SINI.