Peminat hidangan Jepun pasti pernah mendengar tentang Mochi, bukan? Dengar-dengar, terdapat individu Malaysia yang mengetahui cara paling mudah untuk menghasilkan Mochi hanya menggunakan acuan lompang.
Mochi adalah sejenis kuih tradisional masyarakat Jepun yang dibuat daripada tepung beras pulut dan diisi dengan inti kacang merah, serta mempunyai tekstur yang kenyal dan melekit.
Walaupun orang Malaysia menggunakan tepung pulut atau tepung beras dalam pembuatan Mochi, tidak semua orang mampu membentuknya menjadi bulat dengan sempurna.
Setelah mengikuti panduan membuat Mochi dengan acuan lompang yang dikongsi oleh Tengku Maya di Facebook, ramai yang terkejut dengan hasilnya yang bulat sempurna. Ayuh, kita cuba!
Baca juga: Resepi Mochi Menggunakan 5 Bahan, Tanpa Kukus Pun Tetap Lembut!
CARA BUAT MOCHI GUNA ACUAN LOMPANG
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung pulut
- ¾ cawan tepung pulut yang digoreng tanpa minyak
- Secubit air atau sedikit santan
- 3 sudu susu tepung
- Secubit garam
- 1½ sudu gula kastor
Cara buat Mochi:
1. Pertama, campurkan tepung pulut, garam, gula dan susu, kemudian kacau hingga sebati.
2. Selepas itu, masukkan sedikit air atau santan dan kacau lagi sehingga adunan rata.
3. Adunan akan tampak pekat seperti susu pekat manis, kemudian kukus dalam loyang selama lebih kurang 10 minit.
4. Dalam pada itu, ambil apa sahaja jenis bekas atau talam untuk menaburkan tepung yang telah digoreng.
5. Ambil adunan yang telah dikukus dan letakkan di atas tepung yang ditaburkan, kemudian gelek seperti cara membuat karipap.
6. Selanjutnya, gunakan acuan lompang dan letakkan adunan di atasnya untuk memudahkan pemotongan dan pembentukan menjadi bulat.
7. Kemudian, masukkan inti (saya menggunakan inti kacang merah), terbalikkan dan bulatkan menggunakan tangan.
8. Sekiranya melekat pada tangan, boleh menggunakan tepung yang digoreng untuk mengurangkan kelekatannya. Siap sedia untuk dinikmati!
Sungguh menarik apabila mengetahui terdapat cara membuat Mochi yang lebih mudah dengan menggunakan acuan lompang. Selepas ini, anda boleh mencubanya sesuka hati di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Tengku Maya
Baca juga: Resepi Tteokbokki Versi Malaysia, Guna Tepung Biasa Pun Menjadi!