Walaupun sekadar menghidangkan nasi bersama sardin, ia sudah cukup menggugah selera. Kali ini, kami ingin berkongsi kaedah memasak sardin yang pantas tanpa perlu menggoreng terlebih dahulu.
Jika diperhatikan, ikan sardin mirip dengan ikan kembung. Namun, terdapat perbezaan dari segi ukuran; ikan kembung biasanya lebih besar berbanding ikan sardin.
Selain menjadi makanan yang ringkas untuk dimasak ketika berkemah, sardin juga menjadi pilihan ramai sebagai lauk yang mudah disediakan di rumah.
Seorang pengguna di Facebook bernama Mawar Merah telah berkongsi kaedah memasak sardin yang menarik perhatian banyak orang kerana rasanya tetap enak walaupun tanpa digoreng. Jom kita cuba!
Baca juga: Sardin Sambal Mudah dan Cepat Siap, Satu Suap Sahaja Terus Terangkat Selera!
CARA MEMASAK SARDIN CEPAT TANPA GORENG
Bahan-bahan:
- Sardin botan
- Halia (diketuk, lebih sedap)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili padi merah (jika tidak suka pedas, boleh ganti dengan cili kering kisar)
- Air asam jawa atau air limau nipis (jangan kedekut, supaya hilang hanyir)
- Bawang besar (dipotong bulat)
- Cili padi (diketuk)
- Kentang (digoreng)
Langkah-langkah memasak:
1. Pertama sekali, tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi merah hingga halus.
2. Kemudian, tumis bahan tumbuk atau cili kering kisar sehingga naik bau yang sedap.
3. Selepas itu, masukkan halia diketuk, cili padi, sos sardin dan masak hingga mendidih.
4. Seterusnya, masukkan sardin, air asam jawa, kentang dan gaul lembut tetapi jangan sampai sardin hancur.
5. Setelah sambal masak, tambahkan bawang yang telah dipotong bulat. Akhir sekali, tambahkan sedikit garam atau perasa. Siap sedia untuk dihidang!
Banyak yang berpendapat jika tidak mahu sardin berbau hanyir, ia perlu digoreng terlebih dahulu. Namun, kaedah memasak sardin seperti ini lebih mudah dengan menambahkan halia diketuk bersama air asam jawa agar lebih sedap dan tidak berbau.
Siapa tahu hari ini mood kita ingin memasak dengan cara ringkas, maka bolehlah menggunakan kaedah memasak sardin yang luar biasa ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Mawar Merah
Baca juga: Resepi Karipap Sardin Guna Roti Gardenia, Kulit Dan Inti Penuh Rasa!