“Terung Berlada yang Menggoda: Sayur Ini Buat Semua Jatuh Cinta!”


resepi terung berlada

Jika anda buntu memikirkan hidangan apa untuk hari ini, mari kita coba resepi terung berlada. Menu ini mudah sahaja, tetapi ketika dimakan bersama nasi panas dan ayam goreng, sangat memuaskan! Tambahan pula, dengan taburan ikan bilis goreng yang rangup di atasnya. Fuh, pasti nak tambah nasi lagi!

Hidangan ini bukan hanya sedap untuk makan tengah hari, tetapi juga sesuai untuk makan malam. Anak-anak yang tidak gemar sayur pun mungkin akan menyukainya kerana rasanya manis pedas dan memiliki rasa ‘umami’ dari ikan bilis.

Baca juga: Resipi Pajeri Terung Yang Pekat Memikat, Rupanya Ada 1 Bahan Buat Rasa Lagi Sedap!

RESEPI TERUNG BERLADA

resepi terung berlada

Bahan-bahan:

  • 2 hingga 3 biji terung panjang (dipotong)
  • 2 biji bawang merah besar (ditumbuk atau dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk atau dikisar)
  • Segenggam ikan bilis (digoreng garing)
  • Cili merah dan cili hijau (ditumbuk atau dikisar)
  • Cili padi merah (mengikut keinginan kepedasan, ditumbuk atau dikisar)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng terung hingga lembut, kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga mengeluarkan aroma.
  3. Masukkan cili yang telah dikisar dan masak hingga garing.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Tambahkan lebih kurang setengah cawan air supaya ada sedikit kuah. Didihkan seketika.
  6. Setelah itu, masukkan terung dan gaul rata.
  7. Siap, angkat dan taburkan ikan bilis goreng yang telah ditumbuk kasar di atasnya.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Resepi Terung Bulat Goreng Berlada, Lauk Kampung Yang Ramai Suka!



Source link

Scroll to Top