Kek Span Vanilla: Resepi Sukatan Cawan yang Lembut dan Gebu!


resepi kek span vanilla

Siapa yang menyangka, resepi Kek Span Vanilla yang lembut serta gebu ini boleh disediakan hanya dengan menggunakan sukatan cawan. Bukan cawan pengukur khusus, tetapi cawan biasa untuk minuman teh atau kopi.

Resepi Kek Span Vanilla yang dikongsikan oleh Hadirah Shafee di Facebook telah menarik perhatian ramai dengan hasil yang sangat ringan, lembut dan tidak memuakkan. Mari kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Span Mudah 5 Langkah, Lembut Dan Gebunya Cukup Menjadi

RESEPI KEK SPAN VANILLA SUKATAN CAWAN

resepi kek span vanilla

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur gred B
  • ½ cawan gula pasir (boleh dikurangkan jika tidak suka terlalu manis)
  • ½ sudu besar ovalette
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • ½ cawan minyak jagung atau minyak masak biasa
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ¼ cawan susu cair

Cara-cara membuat:

1. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula, ovalette dan esen vanilla. Pukul semua bahan ini menggunakan pemukul sehingga kembang, pekat dan berwarna putih. Proses ini adalah penting untuk mendapatkan kek yang benar-benar gebu dan naik cantik.

2. Setelah kembang, masukkan minyak secara perlahan sambil terus memukul adunan agar semuanya sebati.

3. Ayak tepung gandum dengan baking powder. Kemudian, masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Pukul sekejap sahaja, cukup sekadar untuk memastikan adunan sebati. Elakkan daripada overmix.

4. Tuangkan susu cair ke dalam adunan. Kali ini tidak perlu menggunakan pemukul, cukup sekadar kaup balik dengan perlahan menggunakan spatula sehingga adunan benar-benar sebati dan licin.

5. Sediakan loyang yang sesuai, lapik dasar loyang dengan kertas bakar. Tuangkan adunan kek dan ratakan dengan lembut.

6. Panaskan oven pada suhu 170°C dan bakar selama 30 hingga 35 minit. Masa mungkin berbeza bergantung pada jenis oven, jadi perhatikan permukaan kek.

7. Apabila permukaan kek mulai keperangan dan kek dapat kembali ke bentuk asal apabila ditekan perlahan, itu adalah petanda kek sudah masak.

Selamat mencuba!

Sumber: Hadirah Shafee

Baca juga: Cara Buat Kek Span Simple, Guna 3 Bahan Mudah Tapi Hasil Gebu Gebas!



Source link

Scroll to Top