Tepung sememangnya salah satu bahan asas yang perlu ada di dapur. Namun, jika tidak tahu kaedah penyimpanan tepung yang tepat, mudah sahaja untuk ia menjadi lembap, berbau tidak sedap, atau lebih buruk lagi, diserang serangga! Malangnya, jika rosak, ia tidak selamat untuk digunakan.
Sebenarnya, terdapat beberapa langkah mudah yang boleh kita praktikkan agar tepung bertahan lebih lama, bebas daripada serangga, dan tetap baik walaupun disimpan berbulan-bulan. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk, cukup jika anda tahu teknik penyimpanan yang tepat di dapur biasa.
Jom kami kongsikan petua dan cara yang boleh membantu anda mengelakkan pembaziran serta menjimatkan kos di dapur!
Baca juga: Petua Simpan Cili Padi Agar Tahan Lama, Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar Seperti Baru Dipetik!
CARA SIMPAN TEPUNG SUPAYA TIDAK DISERANG SERANGGA
1. Sangai Tepung Sebentar (Jika Perlu)
Bagi tepung yang dibeli dalam kuantiti besar, sangai (goreng tanpa minyak) seketika di atas api kecil. Ini membantu mengurangi kelembapan dan membunuh telur serangga kecil yang mungkin ada dalam tepung.
Tidak perlu sangai semua jenis tepung. Fokus kepada tepung gandum, tepung beras, dan tepung pulut jika ingin menyimpan untuk jangka masa panjang.
2. Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
Elakkan menyimpan dalam plastik asal. Gunakan bekas kaca atau plastik dengan penutup rapat untuk menghindari kelembapan dan serangga. Labelkan dengan tarikh pembelian supaya mudah dipantau.
3. Letakkan Daun Limau Purut atau Daun Salam
Di samping itu, anda juga boleh meletakkan daun limau purut, daun salam, atau bay leaf di dalam bekas simpanan. Aroma herba ini membantu menghalau serangga secara semula jadi.
4. Masukkan Sedikit Garam Dalam Balang
Sebagai tambahan, anda boleh mencuba trik tradisional dengan meletakkan secubit garam dalam bekas tepung. Ia menyerap kelembapan dan menghalang serangga daripada bersarang.
5. Simpan Di Tempat Sejuk & Kering
Letakkan bekas tepung di lokasi yang tidak terdedah kepada cahaya matahari secara langsung dan jauh dari kawasan sinki atau dapur memasak yang lembap.
6. Bekukan Sebentar Selepas Pembelian
Untuk lebih selamat, masukkan tepung ke dalam peti sejuk selama 2-3 hari selepas pembelian. Ini membantu membunuh larva serangga halus yang kadang-kadang tidak kelihatan dengan mata kasar.
Sumber: The Spruce Eats
Baca juga: Petua Mak-Mak Simpan Rebung Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Masih Elok & Tidak Masam!