Crispy Banana Fritters Recipe: Ice-Cooled for Extra Crunch!


resepi tepung goreng pisang

Jika anda sedang mencari resepi tepung goreng pisang yang garing, rangup dan penuh serdak, inilah resipi yang harus anda cuba! Menggunakan bahan-bahan yang mudah sahaja, tetapi hasilnya sangat memuaskan!

Ramai yang gemar pisang goreng, tetapi tidak semua tahu cara membuat bancuhan tepung yang ‘berjaya’. Ada yang terlalu cair, ada juga yang tepung cepat lembik ketika sejuk. Dengan resipi ini, bukan sekadar rangup, malah tekstur tepungnya ringan dan bersalut dengan cantik.

Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Yang ‘Fluffy’ & Rangup, Memang Sungguh Sedap Bila Dihidang!

RESEPI TEPUNG GORENG PISANG RANGUP & BANYAK SERDAK

resepi tepung goreng pisang

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • ½ sudu besar air kapur
  • 1 sudu kecil gula (atau secukup rasa)
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk kunyit
  • Beberapa ketul ais
  • Air secukupnya
  • Pisang (jenis pilihan, sebagai contoh pisang nangka atau pisang raja)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam satu mangkuk: tepung beras, tepung jagung, kuning telur, air kapur, gula, garam dan serbuk kunyit.
  2. Tambah beberapa ketul ais dan sedikit air. Kacau adunan sehingga rata.
  3. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat, cukup pekat untuk menyelaput pisang dengan baik.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  5. Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga kuning keemasan dan rangup.
  6. Angkat dan toskan di atas kertas dapur.
  7. Sedia untuk dihidangkan! Nikmati dengan panas, pasti bunyi krup krap!

Sumber: Wani Suhaimi

Baca juga: Cara Buat Mini Apam Pisang Kukus, Secukup Manis & Terasa Lembut Bila Menggigit



Source link

Scroll to Top