Banyak orang, bila pulang dari desa, pasti akan memetik daun kari dari tanaman ibu bapa untuk dibawa pulang. Bukan kerana tiada yang menjual di bandar; di Kuala Lumpur pun sebenarnya terdapat banyak pasar yang menjualnya. Namun, pengalaman membawa pulang hasil dari pokok sendiri terasa lebih istimewa.
Untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan daun tidak cepat layu, terdapat cara mudah yang dapat dilakukan di rumah untuk memastikan daun kari tetap segar walaupun telah berbulan-bulan disimpan dalam peti sejuk. Tip ini juga boleh diaplikasikan pada daun limau purut dan herba lain yang cenderung kering.
Baca juga: Ini Cara Betul Simpan Tepung Supaya Tak Masuk Bubuk, Tahan Lama & Tak Rosak!
PETUA SIMPAN DAUN KARI AGAR TAHAN LAMA
Berikut adalah panduan untuk menyimpan daun kari agar tahan lama dan tetap wangi:
- Bersihkan daun terlebih dahulu sehingga benar-benar bersih.
- Keringkan daun dengan tisu dapur hingga betul-betul kering.
- Balut daun yang telah kering menggunakan surat khabar.
- Simpan dalam peti sejuk selama seminggu.
- Selepas seminggu, buka balutan. Daun akan menjadi kering seperti daun herba kering, tetapi masih mempertahankan warna hijau.
- Simka daun dalam botol yang bersih (sebaiknya pakai botol kaca terpakai seperti botol sos spaghetti).
Sumber tip: Cik Rain
Baca juga: Petua Mak-Mak Simpan Rebung Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Masih Elok & Tak Masam!