Kek Pandan Santan Super Lembut: Aroma Menggoda yang Bikin Teman Terpesona!


kek pandan santan

Jika anda ingin menghasilkan kek yang wangi, tekstur lembut dan gebu, cubalah resipi Kek Pandan Santan ini. Selepas menikmati sepotong, dijamin anda akan merasa tidak cukup.

Kek Pandan Santan ini bukan sahaja lezat, tetapi juga sesuai dijadikan hadiah untuk sahabat, potluck, majlis sekolah anak atau sajian minum petang di rumah.

Resipi Kek Santan Pandan yang dikongsikan oleh Kak Khuzanika di Facebook ini sangat menarik, kerana aroma pandan yang wangi akan membuatkan selera anda terangsang. Mari kita cuba!

Baca juga: Kek Santan Senang, Hanya 3 Langkah Kek Siap Dan Sedap!

RESIPI KEK PANDAN SANTAN

kek pandan santan

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1¾ cawan tepung kek (jenama Bluekey)
  • ¼ cawan santan*
  • 1 sudu besar emulco pandan*
  • ½ penutup esen pandan*
  • Sedikit pewarna hijau*
  • 1 sudu besar ovalette
  • Secubit garam
  • ½ cawan minyak masak

*Bahan yang ditandakan (*) perlu disertakan sekali.

Cara-cara menyediakan:

1. Pertama, kacau telur, gula, dan ovalette sehingga adunan menjadi kembang dan gebu, adunan akan berwarna putih dan ringan.

2. Kemudian, tambahkan bahan-bahan yang ditandakan (*) dan kacau hingga rata.

3. Masukkan tepung kek yang telah diayak 2 hingga 3 kali untuk mendapatkan hasil yang halus dan ringan, dan kacau hingga rata.

4. Selepas itu, masukkan minyak masak dan gaul hingga sebati. Jangan terlalu banyak mengadun. Tuangkan ke dalam loyang.

5. Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu yang sesuai mengikut jenis oven anda (biasanya suhu sekitar 160ºC hingga 170ºC selama 45 hingga 50 minit, api atas bawah).

Selamat mencuba!

Sumber: Tg Khuzanika

Baca juga: Resepi Kek Pandan Kukus, Lembut Dan Sedap Bersama Cheese Leleh



Link sumber

Scroll to Top