Ketika mengetahui terdapat resepi Roti Paratha Sosej Cheese yang gampang disiapkan menggunakan air fryer, memang tak sabar untuk mencubanya. Tidak hairan, resepi seperti ini sangat popular di kalangan pencinta masakan.
Di zaman yang serba canggih kini, ramai yang memilih untuk menggunakan air fryer dalam penyediaan makanan. Siapa sangka hanya dengan air fryer, anda mampu menghasilkan hidangan yang lezat dan menggugah selera.
Untuk menyediakan sarapan atau minum petang untuk keluarga di rumah, sebenarnya amat mudah. Sediakan sahaja resepi Roti Paratha Sosej Cheese, pasti makan tak terhenti-henti.
Bukan hanya ringkas dalam penyediaannya, malah anda tidak perlu banyak bahan untuk menghasilkan Roti Paratha Sosej Cheese yang enak ini. Hanya dengan melihat saja, pasti sudah membuatkan anda terliur.
NormaisAra Abdul Wahab telah berkongsi di Facebook tentang kaedah membuat Roti Paratha Sosej Cheese yang sangat ringkas menggunakan air fryer. Mari kita cuba!
Baca juga: Sosej Gulung Goreng Basah, Sosnya Sangat Pekat Hingga Setiap Gigitan Penuh Kenikmatan
RESEPI ROTI PARATHA SOSEJ CHEESE
Bahan-bahan:
- Roti paratha
- Sosej
- Keju keping
- Kuning telur (untuk disapukan pada roti paratha)
Cara-cara membuat:
1. Pertama sekali, potong satu keping roti paratha kepada 8 bahagian.
2. Kemudian, potong juga keju keping kepada 8 bahagian (jika tidak ingin menggunakan keju pun tiada masalah).
3. Selepas itu, potong sosej mengikut saiz yang diinginkan untuk diletakkan di atas roti paratha.
4. Seterusnya, letakkan keju dan sosej di atas roti paratha yang telah dipotong tadi.
5. Kemudian, gulung dan sapukan kuning telur agar hasilnya kelihatan cantik selepas dibakar.
6. Akhir sekali, masukkan ke dalam air fryer dan bakar pada suhu 180ºC selama 5 hingga 10 minit.
Apabila anda merasa lapar dan inginkan sesuatu untuk dinikmati, anda boleh menggunakan resepi Roti Paratha Sosej Cheese ini. Untuk menambah keenakan, anda juga boleh mencelup dengan sos.
Selamat mencoba!
Sumber: NormaisAra Abdul Wahab
Baca juga: Resepi Corndog Mudah Versi Mini, Sangat Comel Sampai Tak Sabar Nak ‘Ngap’!