Resepi nasi goreng sardin benar-benar pilihan ideal bila mahu memasak dengan cepat dan sedap. Sesuai digunakan jika terdapat nasi berlebihan dan lauk sardin dari semalam.
Oleh itu, jika anda sedang kelaparan dan malas untuk memikirkan menu yang rumit, mari cuba resepi nasi goreng ini. Hanya memerlukan bahan-bahan yang mudah dan cara memasak yang ringkas. Dijamin licin pinggan!
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Tradisional, Tanpa Sebarang Sos Pun Tetap Sedap!
RESEPI NASI GORENG SARDIN
Bahan-bahan:
- Ikan sardin dalam tin
- Cili padi
- Bawang merah dan bawang putih
- Sayur kubis
- Garam secukup rasa
- Nasi putih (untuk 1-2 orang)
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili padi dan kubis, kacau hingga sedikit layu.
- Seterusnya, masukkan seketul ikan sardin. Saya suka masak sardin hingga sedikit garing agar rasanya lebih enak.
- Akhir sekali, masukkan nasi putih. Gaul rata sehingga nasi bercampur dengan rencah sardin.
- Perasakan dengan garam secukupnya sebelum diangkat.
Tip: Jika memasak untuk lebih daripada 2 orang, anda boleh tumis sedikit cili kisar atau cili boh bersama bawang merah dan bawang putih. Ini akan menjadikan nasi goreng berwarna merah dan lebih berperisa.
Sumber resepi dan gambar: Farah Din
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Ikan Rebus ‘Legend’ Seperti Buatan Ibu, Masak Dalam Satu Kuali Pun Licin!