Mengatasi Nasi Mentah: Rahsia Penyelamatan Yang Berkesan!


nasi mentah

Kehendak untuk menikmati nasi yang panas, tetapi setelah membuka periuk, mendapati nasi masih mentah. Kecewa memang datang sehingga selera makan merosot, tetapi ada cara untuk menyelamatkannya.

Seringkali, ini berpunca daripada pengukuran air yang tidak tepat. Selain itu, beras jenis panjang seperti beras basmathi yang memerlukan lebih banyak air juga mungkin menjadi penyebabnya.

Lebih-lebih lagi, periuk nasi mungkin terlalu cepat beralih ke mod ‘warm’, menyebabkan nasi tidak masak dengan sempurna. Oleh itu, penting untuk memeriksa periuk nasi yang telah digunakan beberapa tahun.

Namun, tahukah anda, masalah ini dapat diatasi hanya dengan menggunakan cawan dan air? Ramai yang telah mencuba petua ini dan mendapati ia berhasil. Jom kita lihat cara-caranya!

Baca juga: Cara Mengelak Nasi Cepat Basi, Terdapat Petua Yang Perlu Diikuti Supaya Tahan Lama!

PETUA UNTUK NASI MENTAH, GUNAKAN CAWAN DAN AIR SAHAJA

nasi mentah

1. Ambil cawan atau bekas tahan panas.

2. Isikan air dalam anggaran ½ hingga 1 cawan, bergantung kepada jumlah nasi yang masih mentah.

3. Letakkan cawan tersebut di tengah nasi dalam periuk.

4. Tutup semula periuk nasi, biarkan dalam mod ‘warm’ sahaja, jangan tekan ‘cook’ semula.

5. Tunggu lebih kurang 15 hingga 20 minit, kemudian buka dan gaul sedikit nasi. Siap!

Cawan yang diisi dengan air yang diletakkan di tengah akan menghasilkan wap tambahan secara perlahan. Wap ini membantu memasak bahagian nasi yang masih mentah atau kering. Mod ‘warm’ pula cukup lembut untuk memanaskan dengan perlahan tanpa melekat atau hangit.

Hasilnya, nasi menjadi lembut dan masak sepenuhnya tanpa perlu kukus secara berasingan. Petua ini sesuai bagi mereka yang sibuk, ibu bekerja, atau mereka yang tinggal di asrama dan menggunakan periuk elektrik mini.

Semoga ini bermanfaat!

Sumber: Nur Nadzirah Shahrul Nizam

Baca juga: Nasi Mentah Jangan Dibuang, Ternyata Boleh Diselamatkan Melalui 5 Petua Ini



Link Sumber

Scroll to Top